PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Friday 11 January 2013

Usahawan Siber Vs Perniagaan Internet Ul;angkaji


Usahawan Siber Vs Perniagaan Internet. 17:00

Perniagaan internet sudah tidak asing lagi dalam pasaran Malaysia. Ramai dikalangan rakyat Malaysia sudah mula berjinak-jinak dengan aktiviti perniagaan siber. Untuk makluman perniagaan ini mempunyai banyak nama lain seperti perniagaan internet, perniagaan online, perniagaan dalam talian dan lain-lain nama lagi yang mana semuanya menjurus kepasa perkara yang sama.
 

Berita baik juga adalah ramai juga dikalangan graduan kita sudah mula berjinak dengan  perniagaan dalam talian. Ramai juga yang masih tercari-cari ilham untuk memulakan perniagaan sebegini. Ada yang masih menunggu seru sebelum cuba berjinak dengan perniagaan begini. Tak tahulah seru apa yang ditunggu. Bukti apa lagi yang ingin dilihat. Orang lain sudah mula membuat beribu-ribu ringgit tapi kita masih menunggu dan mencari peluang. Sedangkan peluang sering datang dan pergi. Siri coaching ini juga merupakan peluang untuk belajar dan memulakan langkah pertama untuk menceburi bidang perniagaan siber.


Tanya diri kita  apa yang ditunggu lagi.  adakah kita hendak menunggu dan melihat sahaja orang lain menceburi perniagaan dalam talian, atau kita ikut sama menceburinya.Ramai yang sudah Berjaya dalam perniagaan ini. Maklumat lanjut tentang kursus perniagaan siber boleh di dapati di www.perniagaansiber.com.my.
 

Menurut saudara Irfan Khairi yang juga dikenali sebagai Dr. IK, “Perniagaan dalam talian atau  perniagaan internet masih boleh dikatakan baru di Malaysia. Masih terlalu banyak yang boleh diteroka”. Untuk rujukan Dr. IK merupakan pelopor perniagaan dalam talian di Malaysia dan beliau juga telah Berjaya meraih pendapatan RM 1,000,000 pertama beliau dalam usia 25 tahun.

Beliau telah banyak menyediakan panduan-panduan untuk melaksanakan  perniagaan dalam internet. Selain dari buku-buku, beliau juga telah merakamkan panduan dan strategi perniagaan beliau dalam bentuk audio dan video. Jika anda berminat untuk mendengar sebahagian dari panduan yang beliau samparkan, anda bolehlah  pergi ke laman youtube dan membuat pencarian” irfan khairi”.

Pengguna internet di Malaysia dianggarkan seramai 17 juta dan 40% daripada mereka adalah berusia 30 tahun ke atas dan mereka dalam ketegori ini mempunyai kuasa membeli. Sebahagian dari mereka juga bergantung sepenuhnya computer dan internet dalam melaksanakan tugas-tugas seharian mereka.

Perniagaan dalam talian boleh diumpamakan sebagai sebiji kek yang besar, menunggu untuk dikongsi bersama dengan seramai mungkin. Sebelum kita pergi lebih jauh, membincangkan peluang sebagai usahawan internet, ada beberapa fakta yang perlu diterangkan kepada para pembaca. Ini adalah perlu untuk mengelakkan sebarang kekeliruan yang bermain di dalam  kepala anda.

 
Kursus usahawan siber yang bernilai RM $$$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Jika diikutkan kami ingin memberikan kursus percuma kepada anda. Tertapi kerana kos penyewaan ruang untuk mengendalikan kursus dan kos makan minum serta bahan-bahan kursus menyebabkan kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran untuk mengendalikan kursus. Sebagai balasan, kami akan pulangkan kepada anda dalam bentuk pemberian-pemberian bernilai RM 500 dan coaching sehingga anda mampu membuat RM1,000.00 pertama anda.  Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.
 

Jangan lupa, seperti yang dijanjikan mulai 1/1/13 saya telah  mulakan perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber. Setiap hari akan ada 3 terbitan.

 

Terbitan jam 7.00 dan 12.00 adalah perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber.

Terbitan jam 17.00 atau 5.00 adalah merupakan perkongsian ilmu umum mengenai perniagaan siber.

 

No comments:

Post a Comment