PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Thursday 31 January 2013

Dimensi Perniagaan Siber


Ini merupakan sambungan dari tulisan yang bertajuk Rezeki Ada Dimana-mana yang telah diterbitkan di blog ini pada jam 7.30 pagi pada 26/12/2012.  Bidang perniagaan siber saya pecahkan kepada 9 dimensi perniagaan siber (Setakat ini). Di masa depan sesuai dengan keperluan, saya akan pecahkan dimensi perniagaan siber kepada lebih banyak dimensi. untuk masa ini cukup jika kita setuju bahawa  9 dimensi perniagaan siber terdiri dari:
  1. Dimensi Pemasaran Affiliate
  2. Dimensi Pemasaran Email
  3. Dimensi Pemasaran Dropship
  4. Dimensi Pemasaran Blog
  5. Dimensi Pemasaran Facebook
  6. Dimensi Pemasaran Ebay
  7. Dimensi Pemasaran “Sales Letter”
  8. Dimensi Pemasaran di Mudah.my
  9. Dimensi Pemasaran Laman web.
Setiap satu dimensi pemasaran ini menawarkan potensinya yang tersendiri. Ada yang boleh dimulakan dengan modal RM0.00, ada juga yang boleh dimulakan dengan modal yang amat minima. Kita perlu terus belajar untuk mengetahui setiap dimensi ini dan bagaimana untuk memanipulasi segala dimensi pemasaran ini agar boleh menghasilkan impak yang maxima.
 
Yang pasti, dunia kerjaya semakin mencabar masa kini. Negara menghasilkan semakin ramai graduan manakala pasaran kerja yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta semakin terhad dan tidak mampu menampung permintaan dari pasaran kerja.


 Kos hidup yang semakin meningkat dalam semua perkara: dari kos pendidikan hinggalah kos sara hidup seharian semakin menekan para ibubapa dan graduan dalam jagaan menyebabkan pelbagai usaha dan kerja tambahan terpaksa dilakukan untuk membolehkan mereka menampong perbelanjaan harian tanggungan mereka.

Para anak-anak pula, samaada yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi atau yang telah menamatkan pengajian berhadapan dengan tekanan yang hebat untuk mencari kerja supaya mereka mampu membina rumah tangga sendiri tanpa bergantung kepada ibubapa.

 Walau apapun masih ada berita baik untuk saya kongsikan. Hampir semua kita mempunyai gadget canggih di dalam tangan. Mengapa biarkan begitu sahaja. Ayuh mari kita belajar untuk memaksimakan hasil dari gadget di tangan kita. Saya sangat bersemangat untuk berkongsi dengan anda berbagai cara untuk membuat duit di ruang siber. oleh kerana saya terpaksa menyewa tempat untuk mengendalikan kursus untuk anda, saya terpaksa mengenakan sedikit bayaran untuk membiayai kos menyewa tempat, makan minum dan sebagainya. (Yuran yang saya kenakan saya jamin ianya paling rendah dalam pasaran). dapatkan maklumat lanjut dengan mengunjungi laman web saya di www.perniagaansiber.com.my/products. kemudian  Daftarkan diri anda. Jangan Bayar Dahulu!!!! Saya ulang Jangan Bayar Dahulu!!!. Sekian buat masa ini. Jumpa lagi 
 


 
 
Pengisian untuk setiap slot boleh meliputi perkara-perkara seperti:
- slot motivasi perniagaan,
- pengenalan setiap dimensi perniagaan siber dan bagaimana setiap satunya berfungsi,
- strategi-strategi pemasaran di ruang siber (contohnya strategi pemasaran di Fb, pemasaran di
  blog, strategi pemasaran viral, strategi “cross marketing in multipal channel”), dan banyak lagi   
  strategi-strategi pemasaran yang praktikal.
 
Insyaallah melalui slot berkenaan juga para pendengar akan didedahakan bagaimana untuk mengenalpasti dan mencari barangan di lubuk-lubuk barangan yang murah selain membimbing mereka mengenalpasti “niche” berdasarkan minat mereka. Para pendengar juga boleh mendapatkan bimbingan berterusan melalui posting di laman web: www.perniagaansiber.com.my, posting di blog di www.perniagaansiber.blogspot.com dan berintraksi untuk mendapatkan penerangan dan bimbingan di Fb http://www.facebook.com/mohdnizam.badaruddin.  Disamping membantu para pendengar mengenalpasti kemuskilan dalam menceburi perniagaan siber.
 

Kelebihan Menjalankan Perniagaan  Siber.

Ø  Modal permulaan yang kecil jika dibandingkan dengan  perniagaan konvensional yang lain.

Ø  Pelanggan yang tidak terhad. Setiap pengguna internet berpotensi untuk  menjadi pelanggan anda

Ø  Tidak perlukan ruangan pejabat yang khusus. Anda boleh jalankan perniagaan walau dari kamar tidur.

Ø  Kemudahan internet dan automasi sepenuhnya. Anda tidak akan kehilangan pelanggan kerana setiap pelanggan akan diuruskan dengan sistem automasi sepenuhnya.

Ø  Promosi produk adalah menyeluruh dan murah berbanding dengan cara perniagaan yang lain

No comments:

Post a Comment