PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Wednesday 23 January 2013

Hari ke 16 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Rabu 23/1/2013 17:00


Hari ke 16 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Rabu 23/1/2013 17:00
Pemasaran Dengan Face Book.

Salam semua, selamat bertemu lagi . Tulisan untuk terbitan jam 17.00 hari ini akan membincangkan satu lagi saluran pemasaran iaitu pemasaran menggunakan Facebook. Panduan pemasaran dengan Facebook akan disiarkan dalam empat penerbitan berturut-turut iaitu siri pertama akan disiarkan hari ini jam 17.00 diikuti dengan siri 2 akan diterbitkan pada hari Jumaat 25/1/2013 untuk siaran jam 7.00, 12.00 dan siaran jam 17.00.
Para pembaca mungkin tertanya kenapa tiada siaran/terbitan pada hari Khamis. Sebabnya Khamis adalah cuti umum. Begitu juga dengan hari Isnin depan juga tiada siaran kerana cuti umum. Saya hendak gunakan masa cuti umum untuk merehatkan jari-jari yang penat menaip di komputer.

Baik kita mulakan perbincangan kita. Jika ditanya kepada 10 orang, siapa yang mempunyai akaun Facebook, pasti hampir kesemuanya dengan bangga akan mengaku memiliki akaun Facebook. Mempunyai akaun rangkaian sosial seperti Facebook merupakan satu fenomena. Timbul rasa malu jika tidak mempunyai akaun Facebook.

Apa itu F.A.C.E.B.O.O.K

Kita boleh meringkaskan Facebook sebagai:
F – Fan page
A – Add fans
C – Connect
E – Experience
B – Buy ads
O – Offer promotion
O – Online mobile
K – Keep Updating

Kombinasi kelapan-lapan elemen di atas jalan dimenafaatkan sepenuhnya, akan memberikan impak yang sangat memberangsangkan. Sangat penting untuk kita terus belajar dan mengambil tahu semua fungsi yang terdapat dalam Facebook.

Tidak mustahil seseorang yang mempunyai pendapatan di bawah RM 1,500 sebulan hasil jawatan yang disandangnya, mampu menghasilkan pendapatan sampingan antara RM 3,000 – RM 5,000 sebulan. Hanya dengan strategi yang betul dan sistem yang sesuai, laman Facebook akan membantu menjana pendapatan tambahan untuk anda dengan sendirinya.

Jika anda. seorang pelajar, wang saku anda pasti hanya cukup-cukup untuk menampong pelajaran di university. Akaun Facebook anda jika diuruskan dengan betul, akan mampu membantu anda menjana pendapatan hingga ribuan ringgit.

Melalui ruangan yang sempit ini, saya ingin kongsikan lebih lanjut dengan anda mengenai Facebook yang merupakan medium pemasaran sosial yang paling popular ketika ini.
FAN PAGE
Di ruang siber, tidak ada limitasi berapa ramai rakan follower yang  anda boleh daftarkan untuk menghasilkan Fan page. Cara untuk menghasilkan Fanpage mudah sahaja;
-         Kita log in ke www.facebook.com
-         Cari “Fpage” di http://www.facebook.com/apps/directory.php?q=Fpage#
-          
-          
-         ruangan enjin pencari. Setalah menjumpainya, kita “Add”
-         Kita akan mempunyai “inbox”  
Melalui fanpage kita tiada had menalan. Kita boleh hubungi semua kenalan yang menjadi “follower” kita melalui inbox (fingsinya sama seperti email broadcast). Kita juga boleh menjejak pengguna dan intraksi yang berlaku di Facebook kita dengan menggunakan fungsi “Insight”.
Fungsi insight sangat sangat bagus untuk kita mengetahui trafik ke Facebook kita.. Kita juga boleh Klik kepada maklumat statistik pelawat yang datang untuk mengetahui secara terperinci latar belakang setiap dari mereka.

No comments:

Post a Comment