PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Monday 21 January 2013

Hari ke 14 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Isnin 21/1/2013 12:00


Hari ke 14 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Isnin 21/1/2013 12:00


Apabila sudah mempunyai system mengumpul email yang sah, Fan page untuk menarik perhatian dan sebagai pintu masuk untuk memproses aktiviti mengumpul email dan kita pada peringkat ini mungkin sudah mula mengumpul email, seterusnya kita perlu terus menyapa dan mengendalikan ahli-ahli yang dengan rela memberikan email mereka kepada kita dengan cara:
1. Mengirimkan email mengucapkan selamat datang. Kandongan email pertama anda boleh berbunyi seperti dibawah atau mengikut seperti yang anda suka. Anda bebas untuk mengubah isi kandungan tertapi struktur surat ini sebaik-baiknya jangan diubah;

Surat Salam Pengenalan kita kirimkan apabila kita menerima “submission” ahli yang mendaftar dengan kita dan kandungan surat pertama boleh aja seperti contoh di bawah.

Salam hormat {nama penerima berdaftar},

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda, kerana anda sudi subscribe newsletter saya.

Dalam newsletter ini anda tidak akan jumpa tip-tip yang bukan-bukan, email-email
promosi yang takde kena mengena dengan anda, dan lain-lain.

FOKUS !

Itu yang saya belajar sejak bertahun-tahun terlibat dalam perniagaan siber.

Sejak zaman friendster sampai sekarang ni, zaman facebook ! :)


Sebelum saya senaraikan, apakah Teknik-teknik promosi dalam 9 dimensi perniagaan siber yang anda bakal terima, izinkan saya perkenalkan diri saya dulu.

Orang kata, "tak kenal, tak syok.." ^^

Ok. Nama saya, Mohd Nizam.
Saya seorang Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman.

Saya merupakan coach perniagaan siber dan izinkan saya menjadi coach anda, bukan kena bayar pun :).

[Nama Penerima] saya akan kongsikan pelbagai ilmu dan teknik perniagaan siber dengan anda secara beransur-ansur dan berterusan.

Ramai orang ingat, nak jana income dekat internet, perlu berhenti kerja.

Saya tak rasa begitu, sebab saya sendiri dah lama terlibat dalam penyelidikan berkaitan perniagaan siber dan bertahun-tahun bekerja dan menjana pendapatan daripada internet.

Ok.

Kenapa saya nak kongsi teknik promosi dengan 9 dimensi perniagaan siber dengan anda?

Ada 3 sebab !

1. roda kehidupan - lagi banyak saya berkongsi, lagi banyak saya dapat

2. seronok - saya seronok lihat orang lain berjaya dengan teknik yang saya kongsikan

3. bengang - saya bengang dengan beberapa orang so called "pakar". Semua benda nak jual, semua teknik nak jual



Baik. Sekarang, saya akan senaraikan apa yang anda akan dapat dalam beberapa hari daripada sekarang.

Teknik-teknik yang saya kongsikan ini, ada dalam bentuk video, dan ada yang saya kongsikan terus melalui email.

Anda boleh melihat senarai modul pembelajaran yang anda akan terima melalui email nanti.

Klik sini, untuk melihat modul tersebut.
>>>
http:// link pengumpul email yang anda langgan

Setiap minggu, saya akan hantar satu ke dua email sahaja. Jadi, anda boleh terus praktiskan apa yang diajar.

Kalau anda ada soalan, tak jelas dan lain-lain, atau mungkin ada pandangan dan perkongsian, balas email yang saya hantar tersebut.

Ingat, kursus online ini dicipta untuk anda ! Untuk anda berjaya !

Ok, nantikan email seterusnya , esok !

Ikhlas,

Mohd Nizam Bin A. Badaruddin
Coach Usahawan Siber


Surat kedua selepas 1-2 hari mengirim surat pertama

--------------------------------
Module 1 Lets Fix The Attitude Right

Salam hormat,

Dah bersediah untuk modul pertama anda?
Orait, cun.

Ok, kalau anda benar-benar serius nak memulakan perniagaan di ruang siber
untuk berniaga, anda perlu ada Fanpage !

Dekat sini, saya ada ceritakan secara penuh, kenapa anda perlu menggunakan Fanpage.

Klik sini >>>
http://link ke ebuku atau video untuk module 1

Ok, itu sahaja, jumpa lagi dalam email seterusnya.

Ikhlas,

__________


--------------------------------------------------
War-warkan link ini kepada rakan-rakan supaya lebih ramai yang mendapat menafaat dari perkongsian ini. w/site:
www.perniagaansiber.com.my
Blog: www.perniagaansiber.blogspot.com. untuk info lanjut.

Mohd Nizam Bin A. Badaruddin
Coach Perniagaan Siber

To unsubscribe or change subscriber options visit:
http:// link pengumpul email yang anda langgan


Sebelum saya akhiri tulisan untuk hari ini, pastikan dalam promosi pemasaran viral juga memerlukan kita untuk menyediakan satu laman web (Ingat lagi saya pernah sebut mengenai laman web tunggal atau single page)”. 

No comments:

Post a Comment