PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Tuesday 29 January 2013

Hari ke 18 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Selasa 29/1/2013 12:00


Hari ke 18 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Selasa 29/1/2013 12:00
Panduan mendapatkan traffic ke page kita.

1. Linkkan blog yang ada PR @ traffic tinggi. 

Kenal pasti blog-blog yang sedia ada yang mempunyai page rank yang lebih tinggi, kita linkkan page tersebut ke blog kita. (Mengenalpasti blok yang mempunyai page rank yang tinggi tidak susah. Cari aja di Google. Blog yang tersenarai di page yang paling atas, itulah blog dengan page rank yang tinggi).

Selain itu ada juga blog yang tidak mempunyai page  rank yang baik, tertapi mempunyai traffic yang tinggi. Blog-blog sebegini juga boleh anda gunakan untuk link ke page kita. Mengapa berlaku keadaan sebegini.

Sesetengah blog tidak mempunyai page rank yang tinggi kerana mereka tidak mendaftarkan kata kunci yang cukup di SEO. Tertapi kerana mempunyai ramai follower, ia akan mempunyai traffic yang baik.

Mengapa kita memerlukan blog dengan page rank yang tinggi. Banyak menafaatnya. Blog yang mempunyai traffic yang tinggi tentu merupakan  blog yang ramai orang baca. Ini bermakna bila orang selalu baca maknanya orang mesti selalu komen pasal blog kita. Bila ramai orang beri maklum balas, maklumbalas ini akan direkod oleh enjin pencari Google.

2. Buat backlink.

Backlink merupakan aktiviti dimana kita meminta rakan atau blogger lain meletakkan link blog kita ke dalam ENTRY blog mereka. Ada banyak cara bagaimana kita boleh letakkan backlink. Kita boleh suruh blogger lain letakkan ataupun kita letakkan secara manual iaitu dengan cara kita membuat komen dan meninggalkan link blog kita di blog orang.

 Ini pun boleh naikkan PR blog kita. Ada juga sesetengah blog administrater tidak membenarkan aktiviti back link. Mereka tak rugi malah tak untungpun dengan bersikap kedekut begitu.. kalau bersikap baik hadi dan mahu berkongsi dengan membenarkan link dengan blogger lain, secara tidak langsung akan memberi kesan. Lambat laun pasti akan ada pengunjung dari blog-blog lain akan sampai ke blog kita. Oleh itu jangan jadi kedekut tak bertempat.

Salah satu contoh backlink ialah melalui peraduan. Biasanya peraduan-peraduan akan meletakkan back link dalam bentuk url orang yang buat peraduan tersebut.
Aplikasikan yang mana satu korang suka + orang suka. Jangan aplikasikan di tempat korang suka + tapi orang lain tak suka = gaduh pula kang.

No comments:

Post a Comment