PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Monday 28 January 2013

1.0 Pengenalan Usahawan Siber

Salam semua ini merupakan tulisan yang telah diterbitkan pada 26/12. Kepada sesiapa yang baru mengikuti blog saya, tulisan ini saya terbitkan semula untuk hari-hari yang cuti umum, siaran tulisan baru tidak diterbitkan. sekian selamat membaca

1.0 Pengenalan Usahawan Siber

Pasti anda pernah dengar istilah usahawan siber, usahawan internet, perniagaan internet atau apa sahaja panggilan seumpamanya, ditambah pula dengan  istilah-istilah bombastic untuk mengamit minat anda agar menjadi usahawan khususnya usahawan siber. Jiwa ingin menjadi usahawan ada dalam setiap  dari kita kerana didorong oleh gambaran kekayaan dan kesenangan hidup yang terbayang-bayang dalam  minda kita. Apa lagi bila melihat kereta mewah yang dinaiki oleh seorang  usahawan melintas dihadapan kita.

Menjadi usahawan tidaklah semudah  kata. Ia penuh dengan ketidak pastian. Kita perlulah membuat persiapan lengkap sebelum memulakan perniagaan supaya risiko yang akan bakal dihadapi telah diambil kira. Telah dibuat analisis untuk mengenal kelebihan, kekurangan, peluang yang ada di depan mata serta halangan-halangan yang mungkin akan dihadapi.

Melalui siri tulisan di ruangan ini, saya tidak mengulas lebih mendalam berkaitan penglibatan sebagai usahawan. Sebaliknya sesuai dengan tajuk buku ini saya akan memberikan tumpuan  khusus kepada usahawan siber. Sesuai dengan tajuknya USAHAWAN SIBER MULAKAN DENGAN MODAL RM 0.00.

Melalui buku ini, setiap dari anda akan didedahkan dengan segala keperluan-keperluan yang diperlukan  sebelum seseorang itu boleh memulakan perniagaan di internet.

Tidak cukup rasanya setakat menjual buku dan membiarkan anda mempraktikkan secara sendirian untuk membangunkan perniagaan anda. Sesuai dengan  keberkatan ilmu itu detang  dengan berguru. Setiap orang yang membeli buku ini LAYAK untuk menghadiri kursus percuma selama setengah hari. Anda akan didedahkan dengan beberapa jenis perniagaan yang anda boleh mulakan  serta merta tanpaperlu mengeluarkan apa-apa modal tambahan.

Kursus usahawan siber yang bernilai RM 1200 dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.

Sila ikuti sambungan Pengenalan Usahawan Siber dalam siaran berikutnya iaitu jam 12.00 tengah hari. 

No comments:

Post a Comment