PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Wednesday 9 January 2013

Hari 6 Journal dari 0 hingga menjadi usahawan siber 9/1/13 12.00


Hari 6 Journal dari 0 hingga menjadi usahawan siber  9/1/13 12.00

 Panduan membuat ebook yang baik

1.      Tulis sendiri. Gunakan waktu yang paling sesuai. Anda paling selesa apabila menulis. Setiap  orang mempunyai masa yang paling disukainya kerana mudah mendapat idea. Anda tentukan sendiri masa yang sesuai untuk anda menulis. Tetapkan desiplin untuk menulis 1-3 muka surat sehari. Katakan dalam sehari kita menulis 3 muka surat. Dalam sebulan pula kita sudah mempunyai 90 muka surat. Senang aja pengiraannya. Jika kita hendak menghasilkan buku setebl 180 muka surat. 3 muka surat x 60 hari = 180 muka surat.

2.      Jangan mulakan tulisan kita dengan pendahuluan. Kita bebas untuk bermula di bab-bab yang anda selesa dan ada bahan untuk menulis. Semasa dalam proses penulisan. Kita boleh bebas melompat dari satu bab ke bab lain dan kita boleh gabung dan mengemaskini dan memperbaikinya apabila sudah siap.

3.      Untuk menjadi lebih produktif, tidak salah jika kita bermula dengan dua buku secara serentak. Ini bermakna jika anda hilang idea dalam penulisan buku pertama dan kita boleh melompat ke buku kedua dan begitulah seterusnya.

4.      Rakam idea kita. Gunakan MP3, Talepon, atau apa-apa sahaja alat untuk merakam idea anda. Kemudiannya anda boleh olah semula rakaman anda dalam bentuk tulisan. Secara purata, setiap orang mendapat 4 idea dalam sehari. Jika kita gagal mengesan dan merakamkannya, maka ia akan hilang dari kita.

5.      Gunakan perkhidmatan ghostwriter. Tidak semua orang cekap menulis. Ini tidak bermakna kita tidak boleh menghasilkan buku. Jika kita ada idea tertapi tiada kemahiran, kita boleh gunakan perkhidmatan penulis upahan. Untuk mencari seorang penulis upahan mudah sahaja. Kita pergi ke http://www.google.com. Cari gost writer. Kadar upah untuk penulis upahan adalah sekitar RM 3,000 untuk buku setebal 180 muka surat.

Panduan Memilih Tajuk E-book Yang Baik

1.      Gunakan kata kunci yang:

a.       Bermula dengan “How To……….”

                                                              i.      Contoh 1. “How to Publish Book in 30 Days”

                                                            ii.      Contoh 2.  “How to  Generate RM100,00 In 30 Days”

b.      Bermula dengan “Bagaimana untuk…..”

                                                              i.      Contoh 1. “Bagaimana untuk Menulis Ebook”

                                                            ii.      Contoh 2. “Bagaimana untuk Menghasilkan 30,000 Like di Fb dalam 30 Hari”
 

2.      Gunakan benefit/kelebihan sesuatu produk termasuk senaraikan apakah menafaat tersebut kepada pembeli.

3.      Gunakan nombor dalam tajuk untuk menghasilkan kesan sensasi:

a.       Contoh 1. “How I made RM 1,000,000 in 36 month.”

b.      Contoh 2. “Jom kuruskan badan dalam 30 hari.

4.      Tentukan pasaran yang focus - Pasaran Niece “Niece Market”.

Untuk Berjaya berikan focus kepada target pasaran kita:

Contohnya  -How to play golf in 14 days for bloggers.

-          Bagaimana untuk menghasilkan buku dalam 30 hari.

-          Bagaimana untuk menghasilkan RM 30,000 dalam 30 hari.

6                Cara menyediakan ebook http://www.primopdf.com atau http://www.ebookmaker.com

Kursus usahawan siber yang bernilai RM $$$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Jika diikutkan kami ingin memberikan kursus percuma kepada anda. Tertapi kerana kos penyewaan ruang untuk mengendalikan kursus dan kos makan minum serta bahan-bahan kursus menyebabkan kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran untuk mengendalikan kursus. Sebagai balasan, kami akan pulangkan kepada anda dalam bentuk pemberian-pemberian bernilai RM 500 dan coaching sehingga anda mampu membuat RM1,000.00 pertama anda.  Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.
 

Jangan lupa, seperti yang dijanjikan mulai 1/1/13 saya telah  mulakan perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber. Setiap hari akan ada 3 terbitan.

 Terbitan jam 7.00 dan 12.00 adalah perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber

No comments:

Post a Comment