PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Thursday 3 January 2013

Hari ke Dua Journal Dari 0 ke Usahawan Siber

Hari ke Dua Journal Dari 0 ke Usahawan Siber  Terbitan  7.00

Melalui tulisan ini, saya sebagai coach anda akan gariskan beberapa panduan untuk anda. Saya akan bantu anda supaya:

1.      Mengenang kembali kesalahan dan kesilapan anda sebelum ini. Bukan untuk mengungkit tertapi kita akan jadikan kegagalan semalam sebagai panduan untuk maju ke hadapan.

2.      Jangan panik. Walau apapun situasi yang dilalui. Ingat rasa panic hanya akan menjadi batu penghalang antara anda dan kejayaan. Kita perlu meminimakan usaha dan tumpuan dalam mengenal pasti masaalah. Sebaliknya segala tumpuan dan usaha hendaklah di juruskan kepada mencari penyelesaian masaalah.

3.      Sedar dan perlu terus beri kesedaran kepada diri bahawa setiap cabaran yang kita hadapi, sebenarnya datang bersama dengan benih-benih peluang dan kejayaan.

Ingat dalam perjalanan 30 hari dari “0” – Usahawan Siber, kita perlu malah mesti membari tumpuan kepada kejayaan, sikap optimis dan maju ke hadapan dengan memberikan tumpuan kepada penyelesaian  masaalah.

Hindarkan semua orang-orang yang negative. Buang mereka jauh-jauh dari hidup kita, kerana kita tak rugi apa-apapun. Tanamkan rasa ingin belajar. Rendahkan diri. Lihat sekeliling kita. Pasti kita akan jumpa ramai lagi usahawan siber lain yang sedang terkial-kial kerana kekurangan pengalaman  berbanding anda. Ada juga usahawan yang sudah mula menikmati hasil yang lumayan hasil dari aktiviti sebagai usahawan siber. Oleh itu bertindaklah. Beri perhatian terhadap apa yang anda sedang lakukan dan tetapkan haluan kemana anda ingin tuju. Setiap malam sebelum masuk tidur, pasang angan-angan dan bayangkan di dalam minda,

Bayangkan bahawa anda telah mencapai kejayaan. Bayangkan anda mempunyai pendapatan melebihi RM 20,000 (sekadar contoh). Bayangkan diri anda sebagai seorang yang dermawan. Anda mengeluarkan sumbangan untuk aktiviti kebajikan dengan senang hati.  System perniagaan siber yang telah anda automasikan terus menjana pendapatan dan menghasilkan jualan dan wang terus mengalir ke dalam akaun anda. Bayangkan rumah banglow yang anda miliki serta kereta mewah impian anda. Sertakan angan-angan ini dengan doa yang dipohonkan kepada Allah.
 

Kursus usahawan siber yang bernilai RM $$$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Jika diikutkan kami ingin memberikan kursus percuma kepada anda. Tertapi kerana kos penyewaan ruang untuk mengendalikan kursus dan kos makan minum serta bahan-bahan kursus menyebabkan kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran untuk mengendalikan kursus. Sebagai balasan, kami akan pulangkan kepada anda dalam bentuk pemberian-pemberian bernilai RM 500 dan coaching sehingga anda mampu membuat RM1,000.00 pertama anda.  Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.
 

Jangan lupa, seperti yang dijanjikan mulai 1/1/13 saya telah  mulakan perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber. Setiap hari akan ada 3 terbitan.

 

Terbitan jam 7.00 dan 12.00 adalah perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber.

Terbitan jam 17.00 atau 5.00 adalah merupakan perkongsian ilmu umum mengenai perniagaan siber.

No comments:

Post a Comment