PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Friday 18 January 2013

Hari ke 13 Jumaat 18/1/2013 Coach journal dari 0 hingga menjadi Usahawan 7:00


Hari ke 13 Jumaat 18/1/2013 Coach journal dari 0 hingga menjadi Usahawan
7:00

Untuk lebih fokus dengan bidang yang anda lebih berminat untuk ceburi. Adalah lebih baik jika anda menumpukan forum yang membincangkan topic yang khusus dan hanya mempunyai bawah 500 ahli berbanding dengan forum yang mempunyai 10-20 ribu ahli.

Dapatkan publisiti untuk ebuku, sale letter dan iklan yang anda sediakan seluasnya. Seterusnya hasilkan nama fail yang menarik “signature” untuk posting tulisan kita di dalam forum. Bila ada orang baca, mereka insyaallah akan tertarik kerana anda menawarkan sesuatu yang percuma.

Saya ambil satu contoh. Jika anda menawarkan panduan perniagaan siber. Anda boleh menawarkan ebuku percuma yang mungkin boleh berbunyi seperti berikut:

“9 Dimensi Perniagaan Siber yang Terbaik Untuk Mamasarkan Produk”
“Dapatkan Naskah Percuma anda disini: (email autoresponder kita di “linkkan” disini).

Luangkan 2-3 hari untuk merancang dan “Set up” bahan-bahan kita. Sekali lagi diingatkan, selalu-selalulah sertai forum untuk mempelajari ilmu-ilmu terbaru. Tanyakan soalan yang kita tidak faham. Baca maklum balas yang kita akan terima.

Dalam waktu yang sama, ada juga boleh yumbang ilmu dengan cara tolong menjawab sama soalan-soalan yang dikirimkan oleh orang lain di dalam forum.

Setiap email autoresponder yang kita kirim atau jawab soalan di forum akan memaparkan “signature line” yang kita telah sediakan sebelum ini.
Istilahnya sambil menyelam minum air. Sambil kita mengemukakan dan menjawab soalan di ruangan forum, setiap kali itulah kita berpeluang untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan kita.

Sesiapa yang berminat dengan berkaitan bahan yang kita ingin promosikan, mereka akan respond kepada autoresponder kita dan mereka akan mendapat bahan yang kita janjikan melalui pautan pada email. Diwaktu yang sama, mereka pasti akan melihat promosi berkaitan dengan bahan yang kita jual.

Ingat!!, Ingat!!, disamping kita menawarkan produk ebuku percuma, kita sebenarnya sedang membina pangkalan data untuk email kita. Email yang kita kumpulkan menggunakan sebenarnya menggunakan kaedah “Op in”, dimana bakal pelanggan dengan sukarela memberikan email secara rela. Setiap kali kita membuat posting “blast email”, semua ahli akan menerima email didalam “inbox”.

Kita juga tentukan kepada mereka-mereka yang tidak berminat untuk menerima email dari kita, mereka boleh memilih untuk “Op out” iaitu memohon untuk tidak lagi menerima email dari kita.

Menggunakan kaedah email “op in” atau “op out” boleh mengelakkan email spamming dari berlaku.

Kursus usahawan siber yang bernilai RM $$$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Jika diikutkan kami ingin memberikan kursus percuma kepada anda. Tertapi kerana kos penyewaan ruang untuk mengendalikan kursus dan kos makan minum serta bahan-bahan kursus menyebabkan kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran untuk mengendalikan kursus. Sebagai balasan, kami akan pulangkan kepada anda dalam bentuk pemberian-pemberian bernilai RM 500 dan coaching sehingga anda mampu membuat RM1,000.00 pertama anda.  Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.
-          Jangan lupa, seperti yang dijanjikan mulai 1/1/13 saya telah  mulakan perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber. Setiap hari akan ada 3 terbitan. 

No comments:

Post a Comment