PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Wednesday 23 January 2013

Hari ke 16 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Rabu 23/1/2013 07:00


Hari ke 16 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Rabu 23/1/2013 07:00

Salam semua kita bertemu lagi untuk hari ke 16 siri coach usahawan siber untuk siaran pertama, jam 7.00 pagi. Kita sambung perbincangan kita dari perbincangan lepas. Setiap ebuku yang ada hendaklah dipromosikan mengikut pelbagai cara yang telah dibincangkan sebelum ini. Setiap satunya ada putaran keberkesanannya sendiri. Anda boleh terus gunakan strategi yang ditunjukkan sehingga anda dapati kadar maklum balas yang anda terima menjadi semakin berkurangan.

Setelah siapkan segala keperluan anda perlu fikirkan cara terbaik untuk mengumpul email. Berikut ini saya ingin bincangkan cara berkesan untuk mengumpul email yang berkesan.


Sistem email yang berkesan adalah dengan menggunakan kaedah autoresponder Broadcast & services.
Email autoresponder sangat berkesan untuk membina pangkalan data. Katakana dalam sehari kita terima 100 pelawat. Dari 100 pelawat kita dapat menghasilkan 2 pembeli. Manakala dari baki 98 % pengunjung, 20 % daripada mereka mendaftar dengan kita dan memberikan alamat email mereka secara sukarela.
Mari kita buat pengiraan metamatik yang mudah. Katakan:
Dalam sehari kita dapat mengumpul 20 email secara sukarela.
Dalam 30 hari kita akan dapat mengumpul 20 email x 30 hari = 600 email.
Dalam 360 hari, kita akan dapat mengumpul 600email x 12 bulan = 7200 email.
Jika kita giatkan strategi promosi kita, tidak mustahil kita akan dapat melipat gandakan pangkalan data kita.

Sekarang mari kita lihat dari segi jualan pula kesan dari promosi melalui email yang diterima secara berturut-turut. Lihat matematik mudah berikut:
Jumlah jualan secara langsung dalam sehari melalui 100 pelawat = 2 jualan.
Maka dalam sebulan kita dapat 60 jualan.
Katakan hasil jualan dari promosi email dalam sebulan minima kita anggarkan 4% dari 600 email = 24 jualan. Jumlah jualan hasil dari kedua-dua activity jualan tersebut adalah 60 + 24 = 84 jualan sebulan. Jika marjin jualan anda adalah sebanyak RM20. Maka dalam sebulan anda mendapat margin keuntungan 84 jualan x RM 20 = RM 1,680.00. berbaloi kan . ini hanya berdasarkan anggaran minima. Jika anda giatkan promosi dan produk yang anda jual mendapat permintaan ramai. Maka anda boleh fikirkan sendiri berapa keuntungan yang anda ingin dapat. Keberkesanan jualan melalui email promosi bergantung rapat kepada keberkesanan system autoresponder.
Fungsi Broadcast- email yang kita kirim secara bersiri kepada semua penerima hendaklah mempunyai kepala surat yang sama dan akan diterima oleh para ahli yang berdaftar dengan kita secara serentak.
Fungsi Follow up- untuk follow up yang berkesan, kita perlulah menyediakan 5-7 email dan kirimkan mengikut hari-hari tertentu. Kita lihat satu contohnya follow up yang berkesan. Sediakan siri email untuk 14 hari, aturkan  email yang akan kita hantar secara bersiri. Mengapa secara bersiri. Sebabnya adalah email yang dikirim lebih dari 6 kali akan menghasilkan apa yang dikenali sebagai “the 6 click effect”. Ia akan membuatkan minda bawah sedar kita akan terpengaruh untuk membuat pembelian.
Sekian dahulu dan kita jumpa lagi melalui terbitan jam 12.00 nanti.

No comments:

Post a Comment