PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Friday 11 January 2013

Hari 8 Coach Journal dari 0 hingga menjadi usahawan siber Bahagian 2 Jam 12.00


Hari 8 Coach Journal dari 0 hingga  menjadi usahawan siber Bahagian 2 Jam 12.00

Ciri-Ciri Laman Web Yang Menjual: Meningkatkan kepercayaan dan jualan dilaman web:

Header utuk menarik tumpuan.

Header laman web sangat  penting untuk menarik perhatian bakal pembeli. Header anda mestilah boleh mempengaruhi pelawat yang  membaca header laman web kita dalam 4 saat yang pertama. Minda mereka mestilah mampu mengujudkan persepsi yang positif terhadap laman web kita yang sedang ditatap. Kaedah untuk mendapatkan headeer yang baik sila rujuk aemula.

 

 Gunakan Gambar Anda.

Antara halangan utama kejayaan di ruang siber, adalah kita tidak tahu siapa yang sedang berurusan dengan kita. Adakah mereka jujur ataupun hanya seorang putar alam. Sudah ramai yang tertipu kerana pihak yang menjual menggunakan nick name menyebabkan kita leka. Sehinggalah kita menjadi mangsa.

Gambar anda boleh menimbulkan keyakinan kepada bakal pembeli. Gambar sendiri yang dipaparkan menunjukkan apa yang anda pasarkan  bukanlah satu penipuan

.

Ia boleh meningkatkan Gambar kita sebenarnya boleh meningkatkan keyakinan bakal pembeli sehingga 4 kali ganda.

 

 

 Gambar orang.

Ada banyak gambar-gambar di internet yang tidak mempunyai sekatan hak cipta. Pilihlah gambar-gambar berimejkan keceriaan atau yang sesuai dengan cirri-ciri laman anda. Gambar-gambar yang sesuai boleh mempunyai minda bawah sedar pengunjung dan mengubah mereka dari sekadar pengunjung kepada pembeli.

Ada dua cara untuk mendapatkan gambar yang bersesuaian.

a)      Gunakan gambar-gambar keluarga, anda boleh dapatkan dari www.flekers.com dapatkan gambar dikongsi secara percuma.

b)      Anda boleh melawat laman www.istopphoto.com. Gambar-gambar dari laman ini perlu dibayar setiap gambar dikenakan charge yang minima.

 

 Maklumat Produk dan Perkhidmatan.

Nyatakan dengan jelas apa produk yang anda tawarkan.

 

·         Apakah menafaat produk tersebut

·         Apakah kandungan produk tersebut

·         Apakah kelebihan produk berbanding pesaing

·         Mengapa mereka mesti miliki produk anda

Dalam menawarkan produk kita mesti menekankan benefit/kelebihan produk kepala pembaca. Dengan cara Tanya…”so what” ataupun …”jadi apa”. Apabila dapat jawapan Tanya selanjutnya “so what”. Ini akan membantu anda mendapatkan jawapan untuk soalan anda.

Kita lihat contoh berikut. Sejenis  perisian pendidikan pelajar pra sekolah:

 

§  Produknya adalah perisian “Early Childhood Education”

§  Perisian ini khusus untuk mengajar bayi untuk membaca

§  Kelebihan perisian ini adalah, ia mampu mengajar anak berumur seawall 3 bulan membaca.

§  Mengapa mesti memiliki perisian ini, persaingan peluang dan tekanan persekitaran memerlukan anak-anak mahir membaca dalam usia yang seawall mungkin.

 

Kita hanya mempunyai 10 % kemungkinan untuk  mempengaruhi mereka  untuk  membuat  keputusan untuk membeli produk kita berdasarkan fakta, manakala 90 % dari keputusan pula dipengaruhi oleh faktor emosi dalam membuat keputusan pembelian.
       Senaraikan menafaat

Sebagaimana yang kita tahu laman web jenis “minisite” adalah memanjang ke bawah oleh itu selain dari maklumat dan fakta berkaitan produk yang jual, laman ini juga mestilah dilengkapkan dengan rekaletak laman web yang boleh mempengaruhi emosi mereka. Oleh itu laman anda mesti menyatakan sekurang-kurangnya tiga faedah dan kelebihan produk.

 

Testimoni pelanggan

Testimony pengguna merupakan salah satu cara penting untuk membina keyakinan pembeli. Testimonial hendaklah bersahaja dan jangan terlalu memuji kerana testimonial yang penuh dengn pujian yang melangit akan menimbulkan rasa jelik pembaca. Semakin banyak testimonial yang anda sertakan, maka semakin baik untuk laman anda.


Petua mudah untuk mendapatkan testimonial adalah dengan cari memberikan produk anda kepada rakan anda dan rakamkan komen serta maklum balas mereka. Jka dapat disertakan gambar mereka untuk dipaparkan dilaman anda itu adalah lebih baik kerana ia boleh member kesan positif kepada respon pembaca  lebih 4 kali ganda.

Kongsi cerita / kesah anda

Kongsikan cerita mengapa anda menjual produk tersebut. Apa matlamat anda sebenarnya. Apa yang anda ingin berikan kepada pelanggan-pelanggan anda.

No comments:

Post a Comment