PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Tuesday 8 January 2013

Hari ke 5 Journal dari 0 hingga ke Usahawan siber

Hari ke 5 Journal dari 0 hingga ke Usahawan Siber   8/1/2013 terbitan 7.00

Setelah kita menyenaraikan “5S” dan ”5O”, barulah kita boleh kenalpasti halaman kita hendak tuju, kemudian barulah kita boleh susun strategi untuk menukar idea itu menjadi peluang perniagaan. Kesimpulannya kita kenalpasti samaada hendak jual produk fizikal, produk digital ataupun perkhidmatan.

Saya yakin jika kita lakukan sesuatu yang kita benar-benar minat, kita boleh cipta perkhidmatan untuk dikongsi dengan orang lain. Umpamanya: jika kita minat memasak, kita boleh tukar minat kepada produk.

 Katakan kita suka memasak, kita boleh tukarkan minat kepada produk:

Contoh produk fizikal – anda boleh buat “Cupcake” dan jual di Internet dan jual dalam talian untuk komuniti sekitar anda ataupun warga maya yang berminat untuk membeli produk anda. Kita ambil kek lapis Sarawak sebagai contoh bagaimana ia dipasarkan hingga ke peringkat antarabangsa.

Contoh produk digital. Anda berminat dengan “cup cake”, anda boleh menghasilkan ebook panduan menghasilkan “cup cake”, resepi dan membuat buku panduan memasak.

 Contoh perkhidmatan pula yang anda boleh ditawarkan berkaitan dengan “cupcake” adalah menawarkan kursus memasak dan menghasilkan “cupcake”.
Contoh lain jika anda minat membaca. Apa yang anda boleh tawarkan adalah seperti berikut;

Contoh produk fizikal – anda boleh jual buku sebagai ajen penerbit bebas dan menikmati magin keuntungan sehingga 40 % dari harga buku. Pasarkan di Fb, Blog atau mana-mana saluran promosi yang percuma. Bila ada pembeli, mereka akan membayar anda. Kemudian anda buat pembayaran kepada penerbit bebas berkenaan dan minta mereka kirimkan buku tersebut kepada pembeli anda seolah anda yang kirimkan buku tersebut. Konsep ini dikenali sebagai “Dropship” kerana anda tidak perlu simpan apa-apa stok pun.

Contoh produk digital – kerana anda minat membaca, anda pasti juga minat menulis. Apa yang anda boleh tawarkan adalah  hasilkan ebuku panduan cara untuk menulis buku, atau panduan cara untuk menerbitkan buku atau cara untuk memasarkan buku. Selain itu anda juga boleh tawarkan orang ramai untuk menjadi ajen-ajen anda dan memasarkan kepada khalayak mereka. Anda boleh tawarkan margin keuntungan antara 15 – 20%. Walaupun keuntungan anda untuk setiap buku yang dijual merosot sebanyak 50 %, tertapi kuantiti buku yang terjual mungkin melebihi 10 atau 100 kali ganda.


Contoh perkhidmatan yang anda boleh tawarkan, adalah anjurkan kursus menulis novel. Dan untuk menarik perhatian peserta, anda boleh tawarkan untuk membeli manuskrib yang peserta kursus anda akan hasilkan untuk diterbitkan. Jika anda tiada kemahiran untuk mengisi kandungan kursus sehari tersebut, jangan risau. Anda hanya mengendalikan kursus dan jemputlah guru-guru sastera di sekolah menengah atau jemputlah penulis-penulis yang berpengalaman untuk berkongsi ilmu. Berapa yang anda boleh hasilkan. Dari satu kursus;

Contoh 100 peserta x RM 150 = anda akan dapat RM 15,000

Sewa dewan untuk kursus RM 1,500

Bayaran penceramah RM 3,000

Kos-kos luar jangka RM 4,000

Jumlah kos = RM 1,500 + RM 3,000 + RM 4000 = 8,500

Jumlah keuntungan bersih anda adalah RM 15,000 – RM 8500 = RM 6,500

Jika sebulan anda kendalikan satu kursus pendapatan anda Rm 6,500 jika 10 kali kursus dalam setahun boleh menghasilkan Rm 65,000. Ini belum lagi kira margin dari keuntungan jika anda beli dan terbitkan manuskrib peserta-peserta kursus anda.

 
Kursus usahawan siber yang bernilai RM $$$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Jika diikutkan kami ingin memberikan kursus percuma kepada anda. Tertapi kerana kos penyewaan ruang untuk mengendalikan kursus dan kos makan minum serta bahan-bahan kursus menyebabkan kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran untuk mengendalikan kursus. Sebagai balasan, kami akan pulangkan kepada anda dalam bentuk pemberian-pemberian bernilai RM 500 dan coaching sehingga anda mampu membuat RM1,000.00 pertama anda.  Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.
 

Jangan lupa, seperti yang dijanjikan mulai 1/1/13 saya telah  mulakan perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber. Setiap hari akan ada 3 terbitan.

 

Terbitan jam 7.00 dan 12.00 adalah perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber.

Terbitan jam 17.00 atau 5.00 adalah merupakan perkongsian ilmu umum mengenai perniagaan siber.

No comments:

Post a Comment