PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Friday 25 January 2013

Hari ke 17 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Jumaat 25/1/2013 07:00


Hari ke 17 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Jumaat 25/1/2013 07:00
Salam semua, selepas kita bercuti sehari semalam sempena hari keputraan Junjungan Besar Rasulullah SAW, kita sambung semula tulisan terakhir hari ke 16 Rabu siaran jam 17:00

Add Fan/ Follower/links.
Kita boleh gunakan fungsi ini untuk menambah bilangan ahli ke facebook. Sebelum kita boleh menyenaraikan mereka sebagai ahli kita, terlebih dahulu kita perlu menyediakan muka khas di panggil “Landing Page”. Di “Landing Page kita boleh menyenaraikan manafaat yang orang ramai akan dapat jika menyertai facebook kita.
Untuk membuat “Langing Page”:
·         Kita buka akaun Facebook kita di www.facebook.com
·         Di ruangan enjin pencari taipkan FBML
·         Ikut langkah demi langkah proses untuk membina “Landing Page”.
Untuk menggalakkan orang ramai menjadi ahli kita, buatlah seperti pertandingan mudah dan galakkan orang ramai menggunakan “like”. Pastikan anda ujudkan momentum di page anda dan galakkan intraksi sesame ahli-ahli di akaun Facebook anda.

Connect.
Berintraksilah dengan rakan-rakan dan follower anda. Kemukakan isu dan galakkan respond. Respond dengan soalan yang follower anda poskan di Facebook anda. Selalulah lontarkan soalan-dan isu dalam bentuk “open ended”, supaya dapat menarik respond dari orang ramai.
Kongsikan juga maklumat-maklumat dan fakta-fakta menarik yang bersesuaian dengan objektif facebook anda diujudkan. Untuk mengemaskini Facebook, gunakan fungsi “auto display”. Apa yang kita post di blog kita akan juga dipaparkan di Facebook secara automatik.
Gunakan kemudahan “Notes”. Pergi ke ruangan “Notes”. Tulis catatan anda dan import URLs ke laman web dan juga ke blog anda.

Experience.
Sedar atau tidak Facebook boleh digunakan sebagai asas untuk membina jenama anda sendiri. Apa kemahiran dan skil anda. Apa yang anda suka lakukan dan apa yang anda mahu lakukan.
Jawapan anda untuk segala soalan di atas boleh digunakan sebagai asas untuk membina jenama. Fikirkan logo, warna, aksi atau apa sahaja boleh digunakan untuk membina jenama. Kenal pasti sesuatu untuk diwar-warkan kepada orang ramai secara berulang kali. Lama-kelamaan ia akan menjadi jenama anda.
Contohnya saya menggunakan perkataan “coach usahawan siber” dan gambar saya sebagai subjek untuk membina jenama saya.

Baik jika kita gunakan gambar dan rakaman video yang sesuai sebagai bahan untuk membina jenama. Prinsipnya mudah sahaja. Semakin ramai orang “like” dan menjadi follower kita, maka semakin berjenamalah kita.

No comments:

Post a Comment