PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Sunday 27 January 2013

9 DIMENSI PERNIAGAAN SIBER

Salam semua ini merupakan tulisan yang telah diterbitkan pada 26/12. Kepada sesiapa yang baru mengikuti blog saya, tulisan ini saya terbitkan semula untuk hari-hari yang cuti umum, siaran tulisan baru tidak diterbitkan. sekian selamat membaca

9 DIMENSI PERNIAGAAN SIBER

Setiap dari kita pasti biasa mendengar istilah Usahawan Siber. Ia sinonim dengan aktiviti perniagaan siber dan menggunakan internet sepenuhnya. Untuk memulakan aktiviti sebagai usahawan siber amat mudah. Tidak perlu lesen-lesen perniagaan yang berjenis-jenis dan borang-borang permohonan serta peraturan-peraturan yang memeningkan kepala.

Lebih penting dari itu, anda tidak perlu memikirkan mana nak cari modal permulaan untuk memulakan perniagaan, sewa ruang pejabat, kelengkapan dan perhiasan pejabat dan pelbagai kos permulaan yang boleh mencecah kos hingga 4-5 angka.  


Untuk menjadi usahawan siber, modal merupakan masaalah yang kecil. Tidak perlu modal beratus atau beribu. Anda boleh menjadi usahawan siber walaupun hanya dengan modal “RM 0.00”. Ramai usahawan yang telah membuktikan nya. Saya sendiri tidak perlu mengeluarkan sebarang modal ketika pertama kali memulakan perniagaan siber di Ebay dan saya mampu membuat keuntungan RM 100.00 .

Selain itu saya suka kongsikan beberapa contoh dimensi perniagaan siber yang menggunakan affiliate, perniagaan di Mudah.my, facebook, eBay dan “dropship” semuanya boleh dilakukan dengan modal antara RM 0.00 – RM 100.00

Dimensi perniagaan yang saya sebutkan di atas mungkin asing bagi sebahagian dari kita. Tidak mengapa. Jika anda ikuti blog Coach Usahawan Siber di  www.perniagaansiber.blogspot.com dan www.facebook.com/pages#!/Cyberbiz_Training_Consultancy. Selain itu anda boleh lawati laman web www.perniagaansiber.com.my untuk mendaftar diri anda dan maklumat lanjut mengenai jadual kursus yang terdekat.

Facebook dan Blog akan kami gunakan untuk sentiasa berkongsi pelbagai maklumat berkaitan keperluan mental dan fizikal untuk menjadi usahawan siber. Tidak kira siapa anda. Anda seorang penanam anggur (Penganggur). Anda seorang surirumah. Anda seorang graduan yang masih belajar ataupun yang baru sahaja menamatkan pengajian. Atau anda seorang kakitangan swasta ataupun kakitangan swasta yang dikelilingi hutang. Anda seorang anggota beruniform atau siapapun anda. Jika anda mempunyai gadget-gadget canggih yang boleh menghubungkan anda dengan Internet. Anda layak dan perlu memulakan perniagaan siber. Jangan sia-siakan peralatan canggih ditangan. Menafaatkannya sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment