PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Thursday 31 January 2013

Empat Sebab Perniagaan Anda Mesti Diperkenalkan Dalam Internet.


Empat Sebab Perniagaan Anda Mesti Diperkenalkan Dalam Internet.

Nota:, atas sebab-sebab teknikal , saya terbitkan semula tulisan yang telah pernah di siarkan pada 1/1/2013. semuga ia memberi menafaat kepada para pengunjung yang belum pernah membaca tulisan ini.
 
Untuk mengembangkan perniagaan, kemudahan  internet hendaklah dimenafaatkan sepenuhnya. Untuk melayari internet pula kita sudah tidak perlu bergantung kepada kemudahan computer semata-mata.  Selain dari kemudahan HP untuk melayari internet, television internet  sudah menjadi fenomena baru yang sedang melanda Negara kita. Samsung Malaysia Electronik telah memperkenalkan televisyen yang mempunyai kemudahan internet untuk pengguna.

Dijangkakan dalam waktu terdekat lebih banyak jenama televisyen akan memperkenalkan kemudahan internet untuk televisyen. Internet dari televisyen menjadikan perniagaan kecil dapat dipromosi secara besar-besaran.  Tidak cukup dengan itu kini anda lihat talipon bimbit anda. Apa yang ia tidak mampu lakukan di internet.

Anda akan rugi jika anda tidak peka dengan kemudahan teknologi yang ada di sekeliling anda. Jika tidak cermat anda boleh  kehilangan pelanggan jika tidak memperkenal perniagaan anda dalam internet sekarang. Dalam perniagaan internet kita kena berani berfikir di luar kotak dan berani  THINK BIG...walaupun kita masih baru jgn takut untuk bersaing dengan mereka yang lama dalam perniagaan internet, pelanggan melihat kualiti produk yang kita hasilkan, bukan berapa lama kita dalam perniagaan internet.

Fakta 2

Tahukah anda, Malaysia adalah antara lima negara paling manfaatkan Internet di Asia Pasifik?

                                                                                     Utusan Malaysia 19 November 2008



Statistik pengguna internet menunjukkan antara tahun 2000 hingga tahun 2009. Pengguna internet di Malaysia telah meningkat sebanyak 328.9%. Begitu juga trend pengguna internet dari seluruh dunia menunjukkan trend yang meningkat.


Jika perniagaan kecil anda tidak menjadikan internet untuk tujuan pemasaran, anda akan kehilangan pelanggan di Malaysia yang sedang mencari-cari produk dan perkhidmatan.

Bagaimana?

Dalam keadaan gawat, internet menjadi alat yang penting untuk pembeli menjimatkan kos keluar mencari-cari di kedai.
  • Mereka mencari di internet, mencatat alamat kedai yang terpapar di internet dan terus ke kedai yang muncul di internet untuk membeli.
  • Paling mudah mereka hanya hubungi melalui telefon pada kedai yang mempunyai laman web mini di internet. Sedangkan pekedai lain yang tidak wujud di internet menunggu berjam-jam agar tuah pelanggan bertemu kedai mereka.

Fakta 3

 
Kajian e-dagang Visa mendedahkan sebab-sebab utama orang ramai membeli di internet:
·         83 peratus pembeli berkata mereka mendapat harga terbaik daripada peniaga dalam internet
·         88 peratus pembeli berkata mereka boleh membeli pada bila-bila masa melalui internet.
·         82 peratus pembeli berkata mereka dapat membeli dengan mudah

Jika perniagaan kecil saudara tidak menjadikan internet untuk pemasaran produk dan perkhidmatan, saudara sebenarnya memberi pelanggan secara percuma kepada peniaga lain yang menjual di dalam internet.


 
Kursus usahawan siber yang bernilai RM $$$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Jika diikutkan kami ingin memberikan kursus percuma kepada anda. Tertapi kerana kos penyewaan ruang untuk mengendalikan kursus dan kos makan minum serta bahan-bahan kursus menyebabkan kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran untuk mengendalikan kursus. Sebagai balasan, kami akan pulangkan kepada anda dalam bentuk pemberian-pemberian bernilai RM 500 dan coaching sehingga anda mampu membuat RM1,000.00 pertama anda.  Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.
 

Jangan lupa, seperti yang dijanjikan mulai 1/1/13 iaitu hari inilah saya akan mulakan perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber. Setiap hari akan ada 3 terbitan.

 
Terbitan jam 7.00 dan 12.00 adalah perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber.

Terbitan jam 17.30 atau 5.30 adalah merupakan perkongsian ilmu umum mengenai perniagaan siber.

 

No comments:

Post a Comment