PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Monday 21 January 2013

Hari ke 14 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Isnin 21/1/2013 17:00


Hari ke 14 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Isnin 21/1/2013 17:00
Saluran Komunikasi di Ruang Siber
Di ruang siber kita tidak dapat melihat para pengunjung ke laman web kita secara fizikal. Oleh itu kita perlu lebih menumpukan deria keenam kita dengan khusus untuk mendapatkan hasil yang membrangsangkan.
Lihat deria utama yang biasa kita gunakan dalam kehidupan seharian adalah:
-          Deria mata untuk melihat
-          Deria Hidung untuk menghidu
-          Deria Tangan untuk menyentuh
-          Deria Telinga untuk mendengar
-          Deria lidah untuk merasa.
Kelima-lima deria ini biasa kita gunakan . walaupun ramai dari kita belum pasti boleh manjawab dengan baik jika diminta untuk untuk menerangkan kelima-lima deria tersebut. Baik, apa pula deria keenam. Deria yang tidak kurang pentingnya dalam membantu kita membuat keputusan.

Deria keenam adalah “dorongan bawah sedar”. Dengan deria ini kita mampu merasai dengan perasaan akan kehadiran para pengunjung ke laman web kita, walaupun kita tidak dapat melihat mereka dengan mata kasar.
Saluran Komunikasi
Ada pelbagai jenis saluran komunikasi yang boleh digunakan sebagai medium komunikasi di ruang siber. Terutamanya email,facebook, dan twitter. Ketiga-tiganya adalah berbentuk “social media”. Para pengunjung yang telah menyertai kita boleh mendapat maklumat terbaru setiap kali kita membuat posting.
Email untuk tujuan pemasaran mempunyai 2 bahagian iaitu broadcasting dan follow up. Apabila kita memplawa prospek untuk mendaftar dengan system email kita untuk membolehkan mereka menerima posting seperti bahan promosi, newsletter, berita serta maklumat dan rencana anda kirim ke pangkalan data, akan di hantar secara automatic kepada rakan-rakan yang mendaftar dengan anda.
Fungsi followup pula merupakan satu system email otomatik. Kita suapkan bahan siaran atau  promosi. Umpamanya UCAPAN UNTUK SESUATU PERAYAAN, TIPS-TIPS MINGGUAN atau BULANAN atau sebagainya. Bahan yang kita sediakan itu, boleh disiarkan secara bersiri mengikut turutan yang telah kita sediakan.

No comments:

Post a Comment