PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Tuesday 8 January 2013

Hari ke 5 Bahagian 2 terbitan jam 12.00 Journal 0 hingga Usahawan siber

Hari ke 5 Bahagian 2 terbitan jam 12.00 8/1/2013

Ingat!!, semua produk atau perkhidmatan itu ada pasaran, gagal atau berjayanya kita bergantung sepenuhnya pada sejauh mana kita memberikan perhatian kepada saluran dan strategi pemasaran.
Berikut adalah contoh teknik untuk menilai pasaran untuk produk/perkhidmatan yang ingin kita tawarkan;
 
1. Pergi ke www.yahoo.com dan taipkan nama produk yang kita ingin jual. Contohnya tudung daripada daripada senarai link yang ditunjukkan, kita boleh nilai betapa meriahnya peluang pemasaran untuk produk tersebut. Semakin banyak link yang ditunjukkan, bermakna semakin tinggilah pasaran untuk produk tersebut.
 
2. Jika pergi ke www.google.com taipkan nama produk yang kita ingin kaji. Lagi panjang senarai nya bermakna semakin “hot” lah topic berkenaan. Tapi ingat setakat hot tiada maknanya kerana semakin ramai lah pesaing anda di dalam pasaran tersebut.
3. Kayword google adword. Jika kita membuat carian dengan kata kunci, semakin banyaklan iklan Adword. Iklan-iklan Adword biasanya disenaraikan di sisi sebelah kanan laman web.
 
Untuk tujuan perbincangan, saya memilih enjin pencari Google dan Yahoo adalah kerana kedua-dua enjin pencari tersebut masih mendominasi ruang siber. Ini tidak pula bermakna anda tidak boleh menggunakan enjin-enjin pencari lain selain dari Google dan Yahoo untuk tujuan menganalisa pasaran.
Ada 1001 cara lagi untuk menganalisa permintaan terhadap produk atau pasaran yang anda sudah senaraipendekkan. Anda boleh cari Googlegroup, yahoogroup dan pelbagai group mengikut topik pilihan. Jika produk atau perkhidmatan anda akan promosikan di dalam bahasa Malaysia.
 
Sertai group-group yang anda kenalpasti. Contohnya jika kumpulan yang anda sertai, mempunyai 30,000 ahli berdaftar. Setiap kali anda membuat posting, maka 30,000 orang akan menerima mesej anda.
Sebelum menggunakan kaedah sebegini untuk tujuan promosi, baca dan fahamkan syarat-syarat dan fahami larangan-larangan yang dikenakan di group berkenaan. Jika anda main redah sahaja akibatnya, anda mungkin akan disekat dari menyertai group, membuat posting sebagai hukuman, malah lebih teruk lagi anda mungkin akan di “ban” daru menyertai group berkenaan buat selama-lamanya.
 

Kursus usahawan siber yang bernilai RM $$$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Jika diikutkan kami ingin memberikan kursus percuma kepada anda. Tertapi kerana kos penyewaan ruang untuk mengendalikan kursus dan kos makan minum serta bahan-bahan kursus menyebabkan kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran untuk mengendalikan kursus. Sebagai balasan, kami akan pulangkan kepada anda dalam bentuk pemberian-pemberian bernilai RM 500 dan coaching sehingga anda mampu membuat RM1,000.00 pertama anda.  Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.
 

Jangan lupa, seperti yang dijanjikan mulai 1/1/13 saya telah  mulakan perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber. Setiap hari akan ada 3 terbitan.

 

Terbitan jam 7.00 dan 12.00 adalah perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber.

Terbitan jam 17.00 atau 5.00 adalah merupakan perkongsian ilmu umum mengenai perniagaan siber.

No comments:

Post a Comment