PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Thursday 17 January 2013

Perbandingan Iklan di Laman Web Popular vs Laman Web Khusus.


Hari ke 12  Khamis 17/1/2013 17:00

Perbandingan Iklan di Laman Web Popular vs Laman Web Khusus.

Perbandingan iklan di laman web untuk mengetahui banner di laman mana yang boleh menghasilkan jualan yang lebih. Contohnya kita ke laman web popular yang saya tidak boleh sebut di sini kerana terdedah kepada kemungkinan disaman.
-          www.akhbarutama.com.my
-          Kadar sewa iklan RM 3000/minggu
-          Impression 3,000,000
-          Klik 500
-          “Comfirm sales” mungkin 50. Jika margin anda RM 10 per produk. Anda hanya akan dapat hasil RM 500 keuntungan. Ini sudah tentu tidak cukup untuk pengiklanan.
Contoh laman web khusus. Iklan banner yang diletak di laman yang khusus;
-          www.tudungmuslimah.com
-          Kadar sewa iklan RM 50/minggu
-          Impression 10,000
-          Klik 100
-          “Comfirm sales” mungkin 20. Jika margin anda RM 10 per produk. Anda hanya akan dapat hasil RM200 keuntungan. Ini sudah tentu sangat menguntungkan berbanding dengan RM 50.00 yang anda belanjakan untuk pengiklanan.
Jika kita bandingkan antara laman popular dan laman yang khusus, lebih baik jika kita paparkan iklan banner anda di laman yang khusus.
Panduan memilih laman web yang khusus bersesuaian dengan iklan benner. Katakan iklan anda adalah mengenai tudung. Sila ikut panduan berikut untuk mengenalpasti laman yang khusus;
-          Pergi ke laman google di www.google.com
-          Taip perkataan “tudung” atau “anak tudung”.
-          Klik setiap 10 laman web teratas yang tersenarai hasil carian anda.
-          Lihat di laman-laman tersebut, berapa banyak bilangan iklan yang dipaparkan dan berapa banyak pula iklan google adword yang terdapat di laman-laman web tersebut.
-          Pilih 5 laman web yang mempunyai paling sedikit banner dan adword. Itulah tempat yang paling sesuai untuk anda paparkan iklan banner anda.
-          Kursus usahawan siber yang bernilai RM $$$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Jika diikutkan kami ingin memberikan kursus percuma kepada anda. Tertapi kerana kos penyewaan ruang untuk mengendalikan kursus dan kos makan minum serta bahan-bahan kursus menyebabkan kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran untuk mengendalikan kursus. Sebagai balasan, kami akan pulangkan kepada anda dalam bentuk pemberian-pemberian bernilai RM 500 dan coaching sehingga anda mampu membuat RM1,000.00 pertama anda.  Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.
-          Jangan lupa, seperti yang dijanjikan mulai 1/1/13 saya telah  mulakan perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber. Setiap hari akan ada 3 terbitan.
-           
-          Terbitan jam 7.00 dan 12.00 adalah perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber.
-          Terbitan jam 17.00 atau 5.00 adalah merupakan perkongsian ilmu umum mengenai perniagaan siber.

No comments:

Post a Comment