PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Sunday 27 January 2013

Rezeki Ada Dimana-Mana

Salam semua ini merupakan tulisan yang telah diterbitkan pada 26/12. Kepada sesiapa yang baru mengikuti blog saya, tulisan ini saya terbitkan semula untuk hari-hari yang cuti umum, siaran tulisan baru tidak diterbitkan. sekian selamat membaca
Tulisan ini telah lama saya siapkan tertapi tidak sempat di siarkan. sepatutnya tulisan ini yang saya siarkan semasa saya mula-mula menghasilkan blog ini. tapi tak mengapa lambat lebih baik dari tak disiarkan langsung.

Menurut hadis sahih 9 daripada 10 bahagian rezeki ada dalam perniagaan. Kini seolah sudah menjadi trend, setiap orang pasti sedikit sebanyak tersemat hasrat untuk menceburi bidang perniagaan. Seorang remaja jika ditanya mengapa mahu menceburi bidang perniagaan, pelbagai alas an akan diberikan.  Setiap satunya akan menjurus kepada perniagaan.

Seorang yang makan gaji pula apabila ditanya mengapa ingin menceburi perniagaan, sedangkan sudah mempunyai pendapatan tetap. Pasti jawapan yang diberikan antara lainnya sebab tiada kepuasan diri berkerja dengan orang. Gaji tak cukup. Ramai juga akan memberi jawapan ingin menjadi boss sendiri dan pelbagai alasan lagi yang dirasakan boleh diterima minda.

Perniagaan sebenarnya boleh di pecahkan kepada dua kategori utama iaitu bidang perniagaan konvensional  dan perniagaan dalam talian (Perniagaan Siber). Sesuai dengan bidang kepakaran saya, tulisan sulung saya di ruang ini akan menjurus kepada perniagaan dalam talian, kita akan sebut sebagai perniagaan siber.

Sebelum saya bawa para pembaca memahami lebih mendalam perniagaan siber, izinkan saya  ulas secara ringkas berkaitan perniagaan konvensional. Tujuannya supaya para pembaca dapat pemahaman yang mendalam dan dapat membuat perbezaan yang jelas antara kedua kategori perniagaan ini.

Baik, jika anda ingin berniaga, jenis perniagaan macammanakah yang anda akan pilih. Jenis perniagaan macam manakah yang sesuai untuk diceburi. Perniagaan francisekah, menyewa ruang rumah kedai untuk membuka kedai runcitkah atau sekadar mahu menjual nasi lemak di warung tepi jalan. Mungkin ada yang akan memilih perniagaan jenis jualan langsung (MLM). Atau mungkin anda akan pilih untuk membuka rangkaian pasarraya yang boleh menghasilkan jualan beratus ribu.

Jenis perniagaan yang saya sebut di atas, tidak mudah untuk diceburi semuanya datang dengan cabarannya yang tersendiri. Saya biarkan bidang ini diulas dan diperkatakan oleh bijak pandai yang memberikan tumpuan terhadap peluang-peluang dalam perniagaan berbentuk konvensional ini.
Saya akan memberikan perhatian lebih kepada BIDANG PERNIAGAAN SIBER yang memang menjadi bidang penyelidikan dan kepakaran saya sebagai Pensyarah Kanan di  Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Sila ikuti sambungan tulisan ini yang akan / telah diterbitkan di blog ini pada 26/12/2012 jam 12.00 AM.

No comments:

Post a Comment