PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Thursday 10 January 2013

Hari ke 7 Bahagian 2 Jam 12.00 Journal dari 0 hingga Usahawan Siber


Hari ke 7 Bahagian 2 Jam 12:00 10/1/2013

Forum

Kenalpasti 5 forum dan laman web. Gunakan kaedah yang sama di atas untuk mendapatkan ilham dan panduan.

Usahawan siber baru  ada pilihan samaada hendak menceburi perniagaan dalam talian dengan modal RM 0 atau dengan modal RM $$$$. Anda sendiri tentukan. Yang pasti setiap perniagaan yang dimulakan dengan modal RM $$$$ kesan nya pasti berbeza jika dimulakan dengan modal RM 0. Anda jangan risau, modal besar tertapi jika strategi pemasaran tidak kena dengan cara, kesannya juga pasti tidak seberapa berbanding dengan modal RM 0 tertapi strategi yang tersusun pasti akan memberikan impak yang maxima.

Satu dari strategi memulakan perniagaan dengan modal RM 0 adalah, menggunakan strategi forum. Kita tidak perlu risau mengenai modal atau branding. Tidak kira anda usahawan baru atau telah lama menjalankan aktiviti sebagai usahawan siber. Forum merupakan salah satu dari platform yang sangat effektif dan diterima ramai. Forum boleh digunakan untuk mencapai pasaran global. Kita jual produk di forum yang khusus berkaitan dengan tajuk forum tersebut. Katakana jika produk kita adalah berkaitan dengan aksessori computer, kita sasarkan barangan kita di forum yang berkaitan dengan computer.

Ini kerana di sanalah setiap pelayar internet yang mencari barangan computer akan berkumpul. Mereka juga akan mendaftar sebagai ahli dan berintraksi  dengan ahli-ahli yang lain. Jika anda hendak dapatkan margin keuntungan  yang lebih, sasarkan sasaran anda forum berkaitan IT yang dihoskan oleh mereka-mereka diluar negara. Untuk tujuan perbincangan kitt, di ruangan ini saya akan merujuk forum Lowyat di www.lowyat.net. Forum ini merupakan tempat dimana mereka-mereka yang berminat untuk menjual beli eksessori computer bertemu. Mereka juga berbincang mengenai permasalahan computer di sini.

Satu contoh yang ingin saya kongsikan  dengan anda bagaimana salah seorang dari pelajar saya: kini sedang berkerja sebagai senior engineer di NTT di Siberjaya. Beliau bernama Mohamad Yazid.... beliau telah mengambil gambar “mother board” computer beliau yang tidak diperlukannya lagi lalu di postkan di forum Lowyat untuk tujuan menjualnya. Beliau telah meletakkan harga RM 100. Disamping gambar beliau telah menyatakan alasan mengapa ingin menjual “mother board” tersebut berserta dengan no tel dan no akaun bank.

Tidak sampai 12 jam selepas posting, beliau telah menerima panggilan talipon untuk membincangkan harga barangan tersebut. Setelah dipersetujui dengan harga baru RM 80.00, hari yang sama barangan tersebut telah bertukar tangan. Beliau telah untung RM 80 berbanding jika beliau membuang “mother board” tersebut.

Forum lowyat mempunyai banyak ruang-ruang perbincangan mengikut tajuk yang  dikendalikan secara professional oleh moderator-moderator sepenuh masa.  Setiap tajuk adalah sangat interaktif. Setiap soalan dan isu yang dilontarkan di forum akan mendapat respond yang amat menggalakkan.   Forum mempunyai banyak tajuk-tajuk perbincangan mengikut topik pilihan anda.

Ruangan forum di Lowyat mempunyai sehingga berpuluh ribu tajuk dan mendapat maklumbalas sehingga 700,000 maklum balas. Kita lihat contoh di atas, forum hardware mempunyai 99 pengguna aktif. Ia juga mampunyai 32,500 tajuk dan lebih 733,000 maklumbalas.

Di ruangan yang terhad ini tidak banyak yang saya boleh kongsikan dengan anda pembaca sekelian. Saya sarankan anda lawat sendiri ruangan forum tersebut dan lihatlah sendiri bagaimana ia berfungsi. Semoga sedikit ilmu yang saya kongsikan boleh menyumbang kan hasil dalam pendapatan bulanan anda. Di forum juga anda boleh menyewa ruangan khusus untuk menjual apa sahaja produk yang kita suka asalkan ia tidak menyalahi peraturan dan undang-undang Negara. Barangan yang anda hendak jual akan disenaraikan mengikut tajuk direktori yang betul.

Stastik pelawat ke www.lowyat dari 1/11/2010 – 30/11/2010 menunjukkan seramai 7,110,403 pelawat telah melawat forum ini. Dari jumlah tersebut, seramai 2,045,502 merupakan pelawat unik. Sebanyak 51,037,572 muka web telah dipaparkan dan secara purata setiap pelawat telah menatap 7.25 laman di forum tersebut.

 

Kursus usahawan siber yang bernilai RM $$$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Jika diikutkan kami ingin memberikan kursus percuma kepada anda. Tertapi kerana kos penyewaan ruang untuk mengendalikan kursus dan kos makan minum serta bahan-bahan kursus menyebabkan kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran untuk mengendalikan kursus. Sebagai balasan, kami akan pulangkan kepada anda dalam bentuk pemberian-pemberian bernilai RM 500 dan coaching sehingga anda mampu membuat RM1,000.00 pertama anda.  Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.
 

Jangan lupa, seperti yang dijanjikan mulai 1/1/13 saya telah  mulakan perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber. Setiap hari akan ada 3 terbitan.

 

Terbitan jam 7.00 dan 12.00 adalah perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber

No comments:

Post a Comment