PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Friday 4 January 2013

Memilih Perniagaan Yang Sesuai Hari ke 3


Memilih Perniagaan Yang Sesuai. Hari 3 7.00
 
Kita pasti ada banyak idea perniagaan kerana kita terdedah dengan berbagai jenis iklan dan maklumat. Jika kita diminta untuk menyenaraikan 10 jenis perniagaan internet yang kita rasakan sangat berpotensi untuk dikembangkan. Pasti kita akan dapat melakukannya.

Apapun anda dinasihatkan agar bertenang. Lakukan dengan mengambil kira faktor-faktor seperti kemampuan anda untuk melaksanakannya. Nasihat saya walau apa pun  idea perniagaan anda lakukan satu per satu. Perniagaan yang terbaik adalah berdasarkan:

1.      MINAT

Minat sahaja tidak cukup, kita perlu juga tahu apa kah permintaan yang tinggi ketika ini dan untuk melihat permintaan kita boleh gunakan “Google Keyword tools”.

Gambarajah di bawah menunjukkan paparan laman web Google keyword  yang boleh digunakan untuk menganalisa keberkesanan penggunaan kata kunci. Ini merupakan satu bentuk reverse search engine. Boleh dijadikan panduan untuk menentukan fokus pasaran (niece market). Kita akan membincangkan dengan lebih lanjut cara memilih kata kunci yang sesuai di bahagian yang akan datang




2.      PENGALAMAN

Tanya diri anda apa pengalaman anda dalam perniagaan internet. Pernahkah anda mencuba menjual di internet. Platform apa yang anda gunakan untuk menjual di internet. Berapa jam sehari anda luangkan masa di internet. Ramai orang yang berjaya sebagai usahawan siber hari ini mempunyai sejarah kegagalan yang panjang. Tertapi mereka tidak berputus asa. Mereka mencuba-mencuba dan terus mencuba sehingga berjaya sebagai  usahawan siber.  

3.        PENGETAHUAN

Anda boleh jual apa sahaja tertapi pastikan anda Berikan perhatian terhadap produk yang ada permintaan dan strategi yang anda pilih akan menentukan anda mendapat kejayaan atau  tidak. Pokoknya buat apa yang anda minat. Buat SWOT untuk mengenali apa yang anda minati untuk kenalpasti kelebihan dan kekurangan anda.
 

Kursus usahawan siber yang bernilai RM $$$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Jika diikutkan kami ingin memberikan kursus percuma kepada anda. Tertapi kerana kos penyewaan ruang untuk mengendalikan kursus dan kos makan minum serta bahan-bahan kursus menyebabkan kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran untuk mengendalikan kursus. Sebagai balasan, kami akan pulangkan kepada anda dalam bentuk pemberian-pemberian bernilai RM 500 dan coaching sehingga anda mampu membuat RM1,000.00 pertama anda.  Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products.  Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.
 

Jangan lupa, seperti yang dijanjikan mulai 1/1/13 saya telah  mulakan perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber. Setiap hari akan ada 3 terbitan.

Terbitan jam 7.00 dan 12.00 adalah perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber.

Terbitan jam 17.00 atau 5.00 adalah merupakan perkongsian ilmu umum mengenai perniagaan siber.

No comments:

Post a Comment