PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Friday 18 January 2013

PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER

Ketika mengendalikan Coach Perniagaan Siber, saya selalu memberi tahu para pelajar saya bahawa untuk senang dalam hidup yang serba mencabar ini kita perlu memilih.  Dalam Hidup ini kalau nak senang Cuma ada 3 cara sahaja:

Cara Pertama merompak bank atau Kedai Emas- Cara ini 99% akan berakhir dengan kegagalan. Jika pun


anda Berjaya merompak, pihak polis pasti akan dapat menjejaki anda. (OLEH ITU LUPAKAN CARA INI. JANGANSEKALI-KALI BERNIAT UNTUK MENGGUNAKAN CARA INI. Sekali lagi saya ulang JANGAN SEKALI-GALI ANDA GUNAKAN CARA INI)

 Cara Kedua adalah dengan menuntut ilmu. Dalam hadis yang sahih, Nabi Kita Nabi Muhammad SAW menegaskan tuntutlah ilmu walaupun sehingga ke negeri China. Kita juga di tuntut untuk menuntut ilmu dari buai hinggalah ke Liang Lahat.

Cuba ingat balik ketika kita masih kanak-kanak, kita terbaring dalam buai. Apa yang kita lakukan

ketika itu adalah kita memerhatikan dan meneliti persekitaran kita. Manakala ketika kita hampir akan meninggal dunia, orang ramai di sekeliling kita akan cuba mengajar kita mengucap.

Apapun percayalah tidak rugi mereka yang menuntut ilmu, kerana Allah akan menganugerahkan rezeki kepada hambanya. Oleh itu tuntutlah ILMU DUNIA di samping ILMU AKHIRAT.


Cara ketiga untuk senang adalah dengan cara menceburi bidang perniagaan. Untuk berniaga pula
banyak perkara yang perlu diambil kira. Soal Modal Pusingan, Soal perbelanjaan hidup, Kos tetap, Kos sewa ruang pejabat, kos operasi dan sebagainya. Hadis Nabi, ada menyatakan bahawa 9/10 dari rezeki datangnya melalui perniagaan. Oleh itu yakinlah untuk menceburi perniagaan.

Sebagai Coach anda, saya cadangkan anda tidak perlu berhenti dari kerjaya sepenuh masa anda. Anda
boleh terus berkerja atau belajar atau teruskan lakukan apa sahaja apa yang anda sudah komited untuk lakukan. Ceburi perniagaan secara sambilan. Ceburi bidang perniagaan siber. Jadilah usahawan siber.

Rata-rata orang ramai mempunyai talipon canggih bersama mereka. Sebagai Coach saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana anda boleh memenafaatkan gadget canggih anda dan mula menjadi usahawan siber secara sambilan.


No comments:

Post a Comment