PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Wednesday 16 January 2013

Hari ke 11 Rabu 16/1/2013 Coach journal dari 0 hingga menjadi Usahawan Siber untuk Terbitan Jam jam 17.00


Hari ke 11 Rabu 16/1/2013 Coach journal dari 0 hingga menjadi Usahawan Siber untuk Terbitan Jam  jam 17.00
 Bagaimana Untuk Melihat  Laporan Prestasi Banner.

Apa hasil banner yang kita letakkan di sesuatu laman web. Kita pasti ingin tahu samaada iklan baner memberikan hasil yang diharapkan samaada positif atau sebaliknya. Aktiviti promosi banner di internet boleh kita kesan “track” prestasinya. Kita boleh tahu berapa ramai yang melawat laman yang menempatkan iklan banner kita. Bukan itu sahaja. Kita boleh juga  tahu berapa ramai orang yang klik iklan baner kita.

Antara “impression” dan “click through”
Impression adalah merujuk kepada bilangan orang yang melawat laman web yang memaparkan iklan banner kita. Walaupun pengunjung mungkin tidak memerhatikan iklan banner kita, tertapi paparan web sudah cukup untuk mengandaikan pelawat telah menatap iklan banner tersebut.

Click through pula merujuk kepada keadaan yang mengambil kira berapa orang yang telah benar-benar klik banner kita. Kita mungkin mendapat 5000 klik, tertapi jika iklan banner yang dipaparkan di klik oleh pengunjung yang kurang berkualiti dan tidak khusus mencari barangan yang kita tawarkan.

Kita mungkin mendapat 10000 impression, tertapi ia akhirnya mungkin mendapat 100 click sahaja. Jangan risau. 100 klik through yang berkualiti dan menghasilkan jualan adalah lebih baik dari 10000 impression yang tidak membawa apa-apa hasil.

Iklan benner kita mungkin disiarkan di beberapa laman web. Dengan menggunakan teknik yang betul kita mungkin mendapat hasil yang  jauh lebih baik .
Contohnya laman web A mungkin mempunyai 900 impression dan mendapat 40 klik. Hasilnya ia membawa kepada 4 “comfirm sales”.
Ada 2 cara bayaran dikenakan jika menggunakan bayaran berdasarkan impression  atau berdasarkan klik. Jika kos untuk iklan per impression adalah 1 sen bermakna anda membalanjakan RM 9.00 untuk 900 impression. Manakala jika bayaran berdasarkan setiap klik dikenakan RM 0.10, maka untuk 40 klik anda terpaksa membelanjakan RM 4.00

Laman web B pula mungkin mempunyai 9000 impression. Ia mendapat 100 klik dan mungkin hanya mendapat 1 atau 2 jualan.   Jika kos untuk iklan per impression adalah 1 sen bermakna anda membalanjakan RM 90.00 untuk 9000 impression. Manakala jika bayaran berdasarkan setiap klik dikenakan RM 0.10, maka untuk 100 klik anda terpaksa membelanjakan RM 10.00.

Dari contoh di atas kelihatan seolah kedua-dua kos tersebut tidak banyak. Tertapi dalam perniagaan di ruang siber, setiap sen adalah bermakna. Cari strategi bagaimana membelanjakan seminima yang boleh untuk mendapatkan hasil yang paling maksima.
Suka saya ingatkan sekali lagi, perlunya mengenal pasti laman yang tepat untuk iklan banner yang sesuai supaya dapat memberikan kesan yang maksima.

Kursus usahawan siber yang bernilai RM $$$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Jika diikutkan kami ingin memberikan kursus percuma kepada anda. Tertapi kerana kos penyewaan ruang untuk mengendalikan kursus dan kos makan minum serta bahan-bahan kursus menyebabkan kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran untuk mengendalikan kursus. Sebagai balasan, kami akan pulangkan kepada anda dalam bentuk pemberian-pemberian bernilai RM 500 dan coaching sehingga anda mampu membuat RM1,000.00 pertama anda.  Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.
Jangan lupa, seperti yang dijanjikan mulai 1/1/13 saya telah  mulakan perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber. Setiap hari akan ada 3 terbitan.

Terbitan jam 7.00 dan 12.00 adalah perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber.
Terbitan jam 17.00 atau 5.00 adalah merupakan perkongsian ilmu umum mengenai perniagaan siber.

No comments:

Post a Comment