PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Thursday 3 January 2013

Coach Hari ke Dua Journal dari 0 hingga Usahawan siber

Coach Hari ke Dua Journal dari 0 hingga Usahawan siber  Hari 2 Terbitan 12.00

Apabila bangun dari tidur pula, sebelum lakukan apa-apa, ingatkan diri anda, matlamat anda untuk Berjaya. Kegagalan bukanlah satu pilihan. Jangan lupa berdoa dan bermohon dengan ALLAH. Selalu ulang-ulang lafaz doa anda, setiap matlamat yang anda ingin capai dengan jelas.

 
INGAT!!!, kita boleh punyai ilmu, teknologi dan alat yang canggih, tertapi semua itu jiada gunanya jika “MINDSET” kita berkarat!,rosak atau corak pemikiran kita penuh dengan elemen-elemen yang negative. Oleh itu setkan minda kita dan seterusnya belajar bertenang kerana semakin tenang kita, maka minda kita akan berfungsi dengan lebih baik.

 Saya ingin kongsikan di sini satu teknik mudah untuk melatih diri bertenang kerana semakin tenang diri kita, maka minda kita akan berfungsi dengan lebih baik. Tekniknya sebegini: Baring di atas katil atau kerusi lipat yang biasanya orang panggil kerusi malas. Pastikan anda berada dalam keadaan yang selesa.

Kemudian pejam mata anda dan tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan dalam kiraan lima. Lapangkan fikiran anda dan kosongkan minda. Tumpukan hanya kepada nafas yang sedang anda tarik dan hela. Ulang berkali-kali. Setiap kali anda lepaskan nafas, bayangkan diri anda menghumban keluar segala elemen-elemen negative: “rasa tak boleh”, “takut”, dan segala “kalau”, “kalau”, dan “kalau”, yang bersarang didalam diri anda.

 Kemudian semasa menarik nafas, bayangkan segala kekosongan itu anda isikan dengan elemen-elemen yang positif yang menyenangkan dan memberikan tenaga dan kekuatan baru kepada anda.

Ulang teknik berkenaan 5-10 minit setiap pagi. Beberapa kali sehari terutama pada peringkat awalnya. Sehinggalah diri anda boleh merasa tenang dn relix. Akhir sekali jaga kesihatan anda. Pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

 

Kursus usahawan siber yang bernilai RM $$$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Jika diikutkan kami ingin memberikan kursus percuma kepada anda. Tertapi kerana kos penyewaan ruang untuk mengendalikan kursus dan kos makan minum serta bahan-bahan kursus menyebabkan kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran untuk mengendalikan kursus. Sebagai balasan, kami akan pulangkan kepada anda dalam bentuk pemberian-pemberian bernilai RM 500 dan coaching sehingga anda mampu membuat RM1,000.00 pertama anda.  Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.
 

Jangan lupa, seperti yang dijanjikan mulai 1/1/13 saya telah  mulakan perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber. Setiap hari akan ada 3 terbitan.

 

Terbitan jam 7.00 dan 12.00 adalah perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber.

Terbitan jam 17.00 atau 5.00 adalah merupakan perkongsian ilmu umum mengenai perniagaan siber.

No comments:

Post a Comment