PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Tuesday 22 January 2013

Hari ke 15 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Selasa 22/1/2013 17:00


Hari ke 15 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Selasa 22/1/2013 17:00
Ada satu kisah menarik ingin saya kongsikan dengan anda. Satu contoh bagaimana email promosi telah memberikan kesan positif dan menghasilkan kejayaan yang sungguh membanggakan sebagai seorang penjual kereta.

Joe Gorard merupakan seorang jurujual kereta di Detroit Amarika Syarikat. Beliau telah dinobatkan sebagai seorang jurujual kereta terbaik dunia dan telah disenaraikan di World Book of Record.  Secara purata beliau dapat menjual sebanyak 6 buah kereta dalam sehari. Dalam  jangka masa 12 tahun, beliau telah Berjaya menjual lebih 14,000 buah kereta. Bagaimana beliau mampu membuat begitu banyak jualan.
Jo Girard mempunyai satu sikap yang positif dan penuh teruja ketika melayan para pelanggannya. Beliau akan bermanis muka dan meringan kan mulut untuk bertanya mengenai latar belakang pelanggan atau pengunjung walaupun mereka dating sekadar untuk melihat-lihat kereta yang terdapat di ruangan galeri pameran.

Tidak cukup setakat itu pergi lebih jauh dengan mencatatkan maklumat-maklumat peribadi adik beradik dan anak-anak para pelawat yang dating. Beliau berpegang kepada tiga slogan unik yang ditanamkan dalam jiwanya:
1.      Constant  Contact 
2.      Constant Follow up
3.      Constant Reminder.
Beliau selalu menggunakan kad peringatan untuk mengirim kad-kad ucapan: tahun baru, kad ucapan ulang tahuj perkahwinan dank ad-kad ucapan untuk berbagai jenis perayaan lagi. Fikirkan jika kita menerima pelbagai jenis kad ucapan dari seorang jurujual kereta. Siapa yang kita akan cari jika kita, anak-anak kita merancang untuk membeli sebuah kereta . Selain itu jika rakan-rakan kita meminta nasihat sebelum mereka membeli sebuah kereta.
Pasti kita akan membawa mereka kepada jurujual yang kita kenal (yang selalu mengirim kad ucapan kepada kita). Begitulah yang berlaku kepada Joe Girard. Dengan  hanya melabur tidak sampai seratus dollar, beliau boleh mendapat hasil komisyen  jualan beberapa ratus dollar.
Jika pakcik Joe Girrard boleh buat mengapa tidak kita. Pasti kita juga boleh berjaya jika kita mahu menggunakan kaedah yang beliau telah praktikkan.  Bezanya, jika dahulu pakcik Joe menggunakan kad peringatan secara manual untuk menguruskan prospeknya, kini  kita menggunakan system email yang canggih untuk mengurus dan mengikat para prospek.

Satu peringatan, jangan sekali-kali menyalah gunakan system email. System email percuma yang kita gunakan  sekarang memang canggih kita boleh mengumpul beribu-ribu email setiap hari tertapi kita tidak boleh menyalah gunakannya kerana jika kita mengirim berpuluh-puluh email dalam satu masa, system email yang canggih akan menglasifikasikan email kita sebagai spam dan email kita akan terus di hantar ke trash. Siapa di antara kita yang suka membaca email di folder spam.
Email yang terkumpul di folder trash atau spam, jangan di buang. Ia ada gunanya. Jika anda memerlukan idea untuk menyediakan bahan promosi. Folder sebeginilah tempatnya untuk anda memulakan mencari bahan untuk membuat iklan mempromosikan produk anda.

No comments:

Post a Comment