PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Tuesday 29 January 2013

Hari ke 18 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Selasa 29/1/2013 17:00


 Hari ke 18 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Selasa 29/1/2013 17:00
Pemasaran Dengan Tweeter.
Twitter merupakan satu jenis micro bloggers. Digunakaan untuk tujuan berkongsi maklumat seseorang individu dengan beberapa ramai pengikutnya “follower” secara serentak. Kita jangan salah jangka dengan kemampuan twitter. Walaupun ia kelihatannya masih baru dan tidak ramai orang yang menggunakan,trend tersebut sedang berubah. Kini samakin ramai orang memiliki telefon mudah alih Blackberry untuk tujuan twitter.
Lady Gaga penyanyi Amerika yang berimej gila-gila dan pelik, mampu mempunyai pengikut seramai 11,473,331 ahli di akaun twitternya. Selain itu seramai 941 orang membuat posting kepadanya (ketika saya Printscreen Laman ini). Selain itu ada seramai 143,769 orang mengikuti perkembangannya. Untuk melihat lebih lanjut laman web ladygaga kita boleh ke www.twitter.com/ladygaga.


Untuk melihat satu lagi contoh akaun twitter, kita boleh pergi ke laman twitter Jutawan internet iaitu saudara Irfan Khairi. Beliau mempunyai pengikut seramai 3,681 ahli di akaun twitternya. Selain itu seramai 433 orang membuat posting kepadanya (ketika saya Printscreen Laman ini). Selain itu ada seramai 3 orang mengikuti perkembangannya. Untuk melihat lebih lanjut laman web www.twitter.com/irfankhairi.
Twitter sangat sesuai digunakan untuk berkongsi maklumat dalam jumlah yang kecil dan ringkas. Seperti yang saya katakana sebelum ini, kita boleh hubungkan hubungkan akaun twitter kita denga laman Facebook kita dengan mudah. Untuk membuat hubungan;
·         Kita log in ke Facebook.com/akaun kita
·         Buka applikasi twitter dan ikut langkah-demi langkah untuk mendaftar.
·         Hasilnya, setiap maklumat yang kita paparkan di Facebook kita akan juga dipaparkan dilaman setiap pengikut yang mendaftar dengan akaun twitter kita.

No comments:

Post a Comment