PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Monday 21 January 2013

Hari ke 14 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Isnin 21/1/2013 7:00


Hari ke 14 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Isnin 21/1/2013 7:00

Strategi mengumpul email.
Kita sambung lagi perbincangan kita dalam siri coach usahawan siber dari o hingga menjadi usahawan siber untuk hari ke 14. Kita masih lagi memberi perhatian kepada strategi untuk mengumpul email secara sah. Email yang dikumpul secara haram akan mencambahkan aktiviti spamming. Jika anda melakukan aktiviti spamming, anda melakukan kesalahan moral di ruang siber yang akan menyebabkan system email akan menapis email yang kita kirim dan mencampakkan email kita ke folder “spamming” atau “trash”. Akibatnya matlamat email kita tidak akan mencapai objektifnya.

Sekarang mari kita beri tumpuan kepada strategi mengumpul email secara sah. Mengumpul email secara sah, pastinya melibatkan sedikit modal. Modal untuk menyewa pangkalan data untuk menyimpan email yang kita kumpul, menyewa perisian untuk mengumpul email. Setiap system pengumpul email akan memberikan tempoh penggunaan percuma antara 2 minggu hingga 4 minggu.
Kita lihat contoh jika kita ingin mengumpul 1000 email ada beberapa cara untuk mengumpulnya:
1.      Kita boleh gunakan program affiliate. Sediakan program affiliate. Minta usahawan-usahawan untuk mendaftar dengan kita kemudian masing-masing akan menggunakan khalayak masing-masing untuk mempromosikan program kita. Contohnya jika 5 usahawan mempromosikan khalayak masing-masing yang semuanya mungkin mencecah 50,000 pelanggan berpotensi. Kemungkinan untuk kita mendapatkan 1000-5000 email secara sah amat mudah. Pastinya setiap lead yang mendaftar dengan kita, rakan affiliate berkenaan akan mendapat komisyen antara RM 0.50 hingga RM 1.00 seperti yang kita janjikan. 
2.       Kita gunakan cara publisiti di Facebook, Blog dan melalui link-link yang kita sediakan apabila kita melakukan aktiviti di ruang siber. Kita mungkin menyewa ruang untuk memaparkan banner promosi kita di Facebook dengan bayaran yang tertentu atau juga menyewa iklan banner di blog rakan-rakan atau blog yang terkenal. Cara ini mungkin juga memberi kesan yang sama untuk mengumpul email, tertapi jangkamasa untuk mengumpul 1000 email mungkin akan mengambil masa lebih lama. Kos untuk mengumpul email mengikut kedua-dua cara di atas mungkin lebih kurang sama. Tertapi cara pertama, lebih jimat masa berbanding dengan cara yang kedua.                                                                                                                                                                                                                                             
Ingat!!, jika cara ini disalahgunakan, ia boleh berubah menjadi bencana. Email  yang dikirim dengan niat yang baik akan berubah menjadi “Blasting” dan “Spamming”: dua perkara yang yang dibenci oleh warga internet, malah system-sistem email juga akan menghumban email promosi yang kita kirim ke folder “trash”…..,………, jika ciri-ciri email kita lebih menyerupai “spamming”.

No comments:

Post a Comment