PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Friday 25 January 2013

Hari ke 17 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Jumaat 25/1/2013 12:00


Hari ke 17 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Jumaat 25/1/2013 12:00
Salam semua, kita sambung lagi perbincangan kita mengenai pemasaran melalui Facebook…,  kita ikuti apa makna (B)..,
Beli Iklan.
Pengiklanan di Facebook sebenarnya lebih berkesan. Di Facebook kita boleh sasarkan iklan di Facebook secara lebih khusus berbanding dengan pengiklanan “Adword”. Perbezaan yang nyata antara Facebook dan Google yang nyata adalah;

-          Facebook menggunakan Psikografik untuk mensasarkan iklan dan iklan- iklan juga disasarkan mengikut umur, lokasi, pekerjaan dan sebagainya.
-          Kaedah Google pula menggunakan factor Demograpik untuk mensasarkan iklan kepada para sasarannya.
-          Iklan di Facebook juga kadarnya lebih murah berbanding ‘Adword: kerana di Facebook pengiklanan adalah sesuatu perkhidmatan yang baru berbanding dengan Google. Oleh itu oleh kerana kurang persaingan, kadar iklannya juga agak murah dan menjimatkan.
-          Cara mengiklan di Facebook juga sangat mudah.
-          Caranya;
o   Buka akaun di Facebook.
o   Klik ruangan “Advertisment”
o   Ikut panduan langkah-demi langkah untuk memuat naik iklan, membuat pembayaran dan menetapkan fokus sasaran.
Offer Promosi.
Umumnya di Facebook, pengguna atau pengujung tidak mempunyai minda membeli. Kehadiran mereka lebih bertujuan untuk lepak-lepak, bersosial dan berkongsi cerita, sesuai dengan peranan Facebook itu sendiri sebagai rangkaian social maya.
Ini tidak pula bermakna kita tidak boleh mempengaruhi mereka untuk membuat pembelian. Gunakan factor emosi untuk mempengaruhi mereka. Sediakan bahan promosi yang hebat yang mampu menyentuh perasaan dan menggamit pengguna agar member perhatian terhadap iklan kita.
Gunakan skil dan kemahiran kita. Sambil menyelam minum air. Sambil menggunakan kod promosi sebagai tawaran, kita boleh menambahkan keahlian di Facebook kita.

No comments:

Post a Comment