PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Tuesday 8 January 2013

Hari ke 5 Terbitan jam 17:00

Hari ke 5 terbitan jam 17:00

Siapa yang tidak tahu apa itu Facebook. Lihatlah fenomena rangkaian social yang telah Berjaya diujudkannya di seluruh dunia. Hampir setiap dari kita mempunyai akaun facebook. Pengguna facebook terdiri dari pelbagai peringkat pengguna. Dari kalangan kanak-kanak hinggalah ke orang tua. Dari golongan kerani sehinggalah ke bawah sehinggalah  dikalangan golongan atasan.
 
Facebook adalah sebuah social networking yang baru saja dirintis pada tahun 2006 oleh seorang mahasiswa Harvard yang bernama Mark Zuckerberg. Mark Elliot Zuckerberg atau Mark Zuckerberg lahir lahir pada 14 Mei 1984 di Dobbs Ferry, Westchester County, New York, Amerika Syarikat (AS).
 

Idea awal untuk menghasilkan rangkaian social sebegini bermain dalam mindanya ketika dia masih bersekolah di Exeter High School, New Hampshire.

 
Semasa di university, beliau telah membuat satu program diberi nama Coursematch yang membolehkan mahasiswa di kelas yang sama boleh melihat senarai rakan-rakan sekelas. Beliau seterusnya membangun projek dikenali  facemash.com. Perisian ini membolehkan pelawat member reaksi dan komen orang lain tinggalkan  terhadap apa yang dipaparkan oleh orang lain di ruangan paparan.



Oleh kerana apa yang dihasilkannya itu mendapat teguran dari pihak university Harvard kerana melanggar peraturan university. Beliau mengambil keputusan untuk mambangunkan satu system perisian yang dikenali sebagai facebook dan mendaftarkan nama domain www.facebook.com.


Facebook dilengkapkan dengan pelbagai applikasi sokongan untuk membolehkan facebook memenuhi pelbagai keperluan pengguna yang semakin bertambah.


Facebook Notes membolehkan pengguna memberikan tagging, memasukkan gambar, dan ciri-ciri yang lain. Selain itu, pengguna boleh mengimport blog dari laman Xanga, LiveJournal, Blogger, dan laman blogging yang lain.


Dengan adanya cirri-ciri tersebut, pembaca boleh memberikan komen terus terhadap tulisan yang dimuat pengguna Facebook yang lain.

 
Blogspot

Blog ataupun blogspot merupakan satu jenis web yang dikategorikan sebagai online journal atau pun online diary. Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi atau bersiri. Dalam bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan begitulah seterusnya.
www.blog.com
Blog menggunakan bahasa php web programming kerana ianya melibatkan database untuk meyimpan post/artikel.

Blog merupakan satu medium untuk seseorang individu atau organisasi itu untuk memaparkan penulisan yang berkisar tentang kisah hidup, luahan rasa, berita, catatan perjalanan/pengembaraan, mempromosikan produk/servis, resume dan seterusnya untuk suka-suka.

Kursus usahawan siber yang bernilai RM $$$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Jika diikutkan kami ingin memberikan kursus percuma kepada anda. Tertapi kerana kos penyewaan ruang untuk mengendalikan kursus dan kos makan minum serta bahan-bahan kursus menyebabkan kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran untuk mengendalikan kursus. Sebagai balasan, kami akan pulangkan kepada anda dalam bentuk pemberian-pemberian bernilai RM 500 dan coaching sehingga anda mampu membuat RM1,000.00 pertama anda.  Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.
 

Jangan lupa, seperti yang dijanjikan mulai 1/1/13 saya telah  mulakan perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber. Setiap hari akan ada 3 terbitan.

 

Terbitan jam 7.00 dan 12.00 adalah perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber.

No comments:

Post a Comment