PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Wednesday 16 January 2013

Hari ke 11 Rabu 16/1/2013 Coach journal dari 0 hingga menjadi Usahawan Siber


Hari ke 11 Rabu 16/1/2013 Coach journal dari 0 hingga menjadi Usahawan Siber untuk Terbitan Jam  jam 12.00

Bagaimana untuk memasarkan Produk Anda.
Langkah pertama untuk memasarkan produk sendiri adalah dengan menghasilkan “Signature line” (ayat-ayat power untuk menarik perhatian). Dalam bahasa mudahnya dikenali sebagai “Unique Selling Propotion” (USP). Anda teliti contoh ayat-ayat pawer yang sedia ada di pasaran dan kemudian saring dan pilih faedah dan kelebihan yang terdapat pada produk yang anda ingin tawarkan.
Ingat ya, ayat-ayat power yang anda rujuk, telah berada dalam pasaran dan ianya telah diuji.

Setelah kita siapkan “Sale letter” surat jualan, kita tidak boleh edarkan atau letakkan diruang siber sebegitu sahaja kerana tujuan sale letter adalah untuk memikat bakal pelanggan dengan pandangan pertama. Bakal pelanggan yang singgah di laman anda akan teruja dan terpengaruh dengan ayat-ayat power anda.
Langkah seterusnya adalah mengajak mereka supaya mendaftar dengan anda dan memberikan email mereka supaya mereka boleh menikmati bahan-bahan percuma dari anda. Aktiviti sebegini merupakan aktiviti utama di dalam pemasaran email “Email marketing”.

Untuk menghubungi mereka yang telah mendaftar dengan anda secara sukarela, anda boleh gunakan “autoresponder”. Jika anda ingin memulakan perniagaan dengan modal kosong, anda dicadangkan gunakan system affiliate. Buat duit dahulu untuk kumpul modal. Bila sudah ada modal barulah anda gunakan perkhidmatan percuma seperti www.getresponse.com, www.sendfree.com, www.responder.com, www.listwire.com dan lain-lain lagi perkhidmatan berbayar. Tiada apapun yang percuma. Cuma bezanya antara satu penyedia perkhidmatan yang lain dengan yang lain adalah dari segi tempoh masa menikmati perkhidmatan percuma, itupun setelah anda mendaftar dengan mereka.

Kursus usahawan siber yang bernilai RM $$$$$$ dalam ertikata nilai ILMU dan KEPAKARAN akan diberikan kepada anda dengan kadar yang sangat minima dan termurah di pasaran. Jika diikutkan kami ingin memberikan kursus percuma kepada anda. Tertapi kerana kos penyewaan ruang untuk mengendalikan kursus dan kos makan minum serta bahan-bahan kursus menyebabkan kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran untuk mengendalikan kursus. Sebagai balasan, kami akan pulangkan kepada anda dalam bentuk pemberian-pemberian bernilai RM 500 dan coaching sehingga anda mampu membuat RM1,000.00 pertama anda.  Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta panduan untuk mendaftar di www.perniagaansiber.com.my/products. Anda akan didedahkan dengan 9 dimensi perniagaan siber serta panduan untuk memasarkan produk anda dengan menggunakan saluran promosi yang berbeza.
Jangan lupa, seperti yang dijanjikan mulai 1/1/13 saya telah  mulakan perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber. Setiap hari akan ada 3 terbitan.

Terbitan jam 7.00 dan 12.00 adalah perkongsian ilmu dari “0” hingga menjadi Usahawan Siber.
Terbitan jam 17.00 atau 5.00 adalah merupakan perkongsian ilmu umum mengenai perniagaan siber.

No comments:

Post a Comment