PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Wednesday 23 January 2013

Hari ke 16 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Rabu 23/1/2013 12:00


Hari ke 16 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Rabu 23/1/2013 12:00
Salam semua melalui tulisan ini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk mengumpul hits secara percuma

·        Menawarkan sesuatu secara percuma sebagai balasan kepada orang yang mendaftarkan email secara sukarela. Contohnya link dibawah menawarkan hadiah percuma berupa  ebook mentor-mentor jutawan melalui link berikut:


·        Tajuk email- tajuk email perlulah menarik untuk menambah jumlah orang yang membaca email anda. Gunakan tajuk email bermula dengan (contohnya) “Bagaimana Untuk Menjadi Kaya Dalam 100 Hari”. Pastikan email anda tidak terlalu panjang. Sebaiknya ia tidak melebihi 500 perkataan supaya ianya mudah dibaca.

·        Isi Kandungan – Call for Action email anda perlu ada elemen untuk mendesak emosi pembaca hingga rasa mendesak untuk member respond terhadap email anda. Contoh kata-kata seperti…”Kena pantas untuk capai kejayaan. Call for action juga bertujuan untuk mendesak penerima email untuk bertindak pantas untuk mencapai kejayaan. Siapkan iklan dan artikal yang disediakan (pastikan ia berkaitan dengan produk yang anda jual. Kaedah follow up boleh membantu kita meningkatkan jualan sehingga 30 %.
  

Mengapa Orang Membeli Dalam Talian.
Manusia biasanya membeli kerana dipengaruhi oleh factor emosi. Tambahan pula jika seseorang itu ada pengalaman. Pernah membeli barangan dalam talian dan berpuas hati dengan produk tersebut. Kemungkinan besar mereka akan membeli secara berulang.
Persoalannya sekarang apa yang kita perlu beri perhatian semasa follow up. Beri perhatian kepada tiga perkara berikut semasa melakukan follow up:
·        Apa yang prospek kita perlukan. (Keperluan mereka bukannya kehendak mereka)
·        Ketika menggunakan produk kita, apa yang mereka fikirkan. Adakah mereka puas hati atau sebaliknya.
·        Selepas menggunakan produk kita, apa lagi produk yang mereka perlukan.
Contoh: Jika kemahiran kita adalah dalam mereka bentuk kulit buku, kita boleh tawarkan perkhidmatan mereka bentuk kulit buku. Produk yang akan kita follow up  hendaklah juga berkaitan dengan produk utama yang kita tawarkan.

No comments:

Post a Comment