PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Friday, 25 January 2013

Hari ke 17 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Jumaat 25/1/2013 17:00


Hari ke 17 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Jumaat 25/1/2013 17:00
Salam dan kita bertemu lagi. ini merupakan siri tulisan terakhir untuk panduan pemasaran menggunakan Facebook.
Online Mobile.
 Dengan adanya gadget-gadget seperti Iphone, Blackberry,Ipad dan lainnya, kita boleh sentiasa online. Kita boleh selalu mengemaskini status dan membuat posting ke pelbagai platform maya dengan beberapa klik yang mudah. “Fanpage” di Facebook kita dalah milik kita, maka kita perlu sentiasa mengemaskini dengan informasi-informasi terkini agar sentiasa dinanti-nanti oleh “follower” kita.


Kita juga perlu pandai mengurus masa. Sediakan jadual untuk mengemaskini platform maya kita. Sebagai panduan dalam sehari kita perlu membuat sekurang-kurangnya tiga pengemaskinian  samaada di Facebook, tweeter atau Blog. (Ingat lagi setiap update di satu medium akan dipaparkan juga di medium yang lain).
Kita juga perlu respond kepada posting-posting yang telah dibuat oleh pengikut kita. Setiap pengemaskinian yang kita buat akan diterima oleh setiap ahli yang menjadi pengikut kita.
Keep Updating.
Pastikan kita kemaskini Facebook dan media sosial yang lain secara berterusan agar kandungannya sentiasa hangat dan memikat. Posting kita perlulah sentiasa terpapar di laman-laman pengikut kita. Biar kita sentiasa di minda mereka. Kegagalan kita untuk mengemaskini laman Sosial, lama-lama akan menghilangkan perhatian “follower” kita. Mereka tidak lagi ingat akan kita.
Posting juga perlulah dibuat di sela waktu yang berbeza supaya kita dapat menyasarkan kumpulan ahli yang berbeza-beza. Secara tidak langsung ini akan membantu kita menambah follower kita.
Seperkara lagi andainya kita rasa tiada bahan untuk ditulis, jangan panic. Kita masih boleh ulang siar bahan-bahan yang telah pernah kita siarkan. Kita Cuma perlu ubahsuai maklumat yang ada supaya sesuai dengan keadaan. Selain itu kita juga boleh gunakan bahan dari sumber-sumber lain di Facebook kita. Umpamanya bahan-bahan yang telah disiarkan di blog atau media social orang lain.

Sekian dahulu dan Insyaallah kita akan bertemu kembali hari Selasa untuk siaran hari ke 18. Saabtu dan Ahad tiada siaran….harap maklum. Sekian

No comments:

Post a Comment