Hari ke 17 Siri
Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Jumaat 25/1/2013
12:00
Salam
semua, kita sambung lagi perbincangan kita mengenai pemasaran melalui
Facebook…, kita ikuti apa makna (B)..,
Beli Iklan.
Pengiklanan di
Facebook sebenarnya lebih berkesan. Di Facebook kita boleh sasarkan iklan di
Facebook secara lebih khusus berbanding dengan pengiklanan “Adword”. Perbezaan
yang nyata antara Facebook dan Google yang nyata adalah;
-
Facebook menggunakan
Psikografik untuk mensasarkan iklan dan iklan- iklan juga disasarkan mengikut
umur, lokasi, pekerjaan dan sebagainya.
-
Kaedah Google pula
menggunakan factor Demograpik untuk mensasarkan iklan kepada para sasarannya.
-
Iklan di Facebook juga
kadarnya lebih murah berbanding ‘Adword: kerana di Facebook pengiklanan adalah
sesuatu perkhidmatan yang baru berbanding dengan Google. Oleh itu oleh kerana
kurang persaingan, kadar iklannya juga agak murah dan menjimatkan.
-
Cara mengiklan di
Facebook juga sangat mudah.
-
Caranya;
o Buka
akaun di Facebook.
o Klik
ruangan “Advertisment”
o Ikut
panduan langkah-demi langkah untuk memuat naik iklan, membuat pembayaran dan
menetapkan fokus sasaran.
Offer Promosi.
Umumnya di
Facebook, pengguna atau pengujung tidak mempunyai minda membeli. Kehadiran
mereka lebih bertujuan untuk lepak-lepak, bersosial dan berkongsi cerita,
sesuai dengan peranan Facebook itu sendiri sebagai rangkaian social maya.
Ini tidak pula
bermakna kita tidak boleh mempengaruhi mereka untuk membuat pembelian. Gunakan
factor emosi untuk mempengaruhi mereka. Sediakan bahan promosi yang hebat yang
mampu menyentuh perasaan dan menggamit pengguna agar member perhatian terhadap
iklan kita.
Gunakan skil dan
kemahiran kita. Sambil menyelam minum air. Sambil menggunakan kod promosi
sebagai tawaran, kita boleh menambahkan keahlian di Facebook kita.
No comments:
Post a Comment