Hari ke 14 Siri
Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Isnin 21/1/2013
7:00
Strategi
mengumpul email.
Kita sambung
lagi perbincangan kita dalam siri coach usahawan siber dari o hingga menjadi
usahawan siber untuk hari ke 14. Kita masih lagi memberi perhatian kepada
strategi untuk mengumpul email secara sah. Email yang dikumpul secara haram
akan mencambahkan aktiviti spamming. Jika anda melakukan aktiviti spamming,
anda melakukan kesalahan moral di ruang siber yang akan menyebabkan system
email akan menapis email yang kita kirim dan mencampakkan email kita ke folder
“spamming” atau “trash”. Akibatnya matlamat email kita tidak akan mencapai
objektifnya.
Sekarang mari
kita beri tumpuan kepada strategi mengumpul email secara sah. Mengumpul email
secara sah, pastinya melibatkan sedikit modal. Modal untuk menyewa pangkalan
data untuk menyimpan email yang kita kumpul, menyewa perisian untuk mengumpul
email. Setiap system pengumpul email akan memberikan tempoh penggunaan percuma
antara 2 minggu hingga 4 minggu.
Kita lihat
contoh jika kita ingin mengumpul 1000 email ada beberapa cara untuk
mengumpulnya:
1.
Kita boleh gunakan
program affiliate. Sediakan program affiliate. Minta usahawan-usahawan untuk
mendaftar dengan kita kemudian masing-masing akan menggunakan khalayak
masing-masing untuk mempromosikan program kita. Contohnya jika 5 usahawan
mempromosikan khalayak masing-masing yang semuanya mungkin mencecah 50,000
pelanggan berpotensi. Kemungkinan untuk kita mendapatkan 1000-5000 email secara
sah amat mudah. Pastinya setiap lead yang mendaftar dengan kita, rakan
affiliate berkenaan akan mendapat komisyen antara RM 0.50 hingga RM 1.00
seperti yang kita janjikan.
2. Kita gunakan cara publisiti di Facebook,
Blog dan melalui link-link yang kita sediakan apabila kita melakukan aktiviti
di ruang siber. Kita mungkin menyewa ruang untuk memaparkan banner promosi kita
di Facebook dengan bayaran yang tertentu atau juga menyewa iklan banner di blog
rakan-rakan atau blog yang terkenal. Cara ini mungkin juga memberi kesan yang
sama untuk mengumpul email, tertapi jangkamasa untuk mengumpul 1000 email
mungkin akan mengambil masa lebih lama. Kos untuk mengumpul email mengikut
kedua-dua cara di atas mungkin lebih kurang sama. Tertapi cara pertama, lebih
jimat masa berbanding dengan cara yang kedua.
Ingat!!, jika cara ini disalahgunakan, ia boleh berubah
menjadi bencana. Email yang dikirim
dengan niat yang baik akan berubah menjadi “Blasting” dan “Spamming”: dua
perkara yang yang dibenci oleh warga internet, malah system-sistem email juga
akan menghumban email promosi yang kita kirim ke folder “trash”…..,………, jika
ciri-ciri email kita lebih menyerupai “spamming”.
No comments:
Post a Comment