PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Wednesday 13 February 2013

Hari ke 28 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Rabu 13/2/2013 17:00


Hari ke 28 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Rabu 13/2/2013 17:00

Konsep NPM dalam menjadi Blogger Sepenuh masa. NPM merupakan satu konsep yang mnerangkumi tiga komponen penting untuk menjadi blogger sepenuh masa iaitu:
§  Niche.
§  Penulisan dan pelawat.
§  Monetization.
#1 – (N) Niche
Niche merujuk kepada siapa golongan pembaca sasaran kita. Setiap Blogger perlu jelas dengan fokus Niche mereka. Kegagalan mengenalpasti fokus golongan sasaran akan menyebabkan mereka kehilangan peluang untuk menjana pendapatan kerana blogger  yang gagal mengenali siapa pembaca mereka.
Akibatnya, blogger itu tidak tahu apakah jenis produk yang boleh dijual kepada mereka atau menjual produk kepada sasaran yang salah menyebabkan pendapatan blogger terjejasengenal pasti siapa pembaca blog kita. Sebagai contoh, para pembaca Majalah Niaga terdiri daripada:
§  Pembaca yang ingin menjadi seorang usahawan.
§  Pembaca yang ingin mengetahui cara untuk melakukan pemasaran.
§  Pembaca yang berminat untuk buat duit dengan blog.
§  Pembaca yang dapatkan tip pengurusan kewangan.
Apabila kita melakukan senarai pendek, kita akan mula mengetahui apakah produk yang sesuai untuk dijual kepada para pembaca.
#2 – (P) Penulisan dan Pelawat
Pat Flynn (Pemilik blog Smart Passive Income) berkongsi dalam blognya, faktor yang mendorong seseorang itu menjadi full time blogger adalah kemampuan mereka untuk menghasilkan penulisan dan pelawat yang berkualiti.
Dari segi penulisan, sesetengah orang mengandaikan tulisan yang baik dan berkualiti mestilah artikel yang mempunyai beratus-ratus perkataan. Ini tidak semestinya betul. Artikel yang mempunyai 250 hingga 300 patah perkataan adalah cukup baik dan mendorong pembaca untuk menghabiskan bacaan mereka. 300 perkataan x tiga terbitan menjadi hampir 900 perkataan. Ini sudah cukup baik untuk satu hari penerbitan. Jika 30 hari anda sudah mempunyai 27,000 perkataan. Dalam dua bulan pula anda boleh menghasilkan 27,000 x 2  sama dengan 54,000. Jika satu mukasurat mempunyai 300 perkataan maka 54,000/300 bersamaan dengan 180 mukasurat. Cukup untuk menghasilkan satu buku yang boleh dipasarkan sehingga ribuan ringgit bergantung kepada berapa banyak cetakan dan jualan.

No comments:

Post a Comment