PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Wednesday 6 February 2013

Hari ke 24 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Rabu 06/2/2013 7:00


Hari ke 24 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Rabu 06/2/2013 7:00
Setelah segala penat lelah dan jerit perih yang anda telah lalui, kini masa untuk memungut hasil. Jangan lupa untuk berdoa dengan Allah supaya projek sulung kita akan mendapat redo Allah. Untuk sebulan dua berikutnya, anda beri perhatian terhadap pesanan yang sedang mengalir masuk. Jangan lupa!!, janji anda terhadap rakan JV. Setelah anda sahkan bayaran yang diterima, sila bayar rakan-rakan JV anda mengikut persetujuan. Sebaiknya bayar mengikut mingguan contohnya bayar setiap hari Ahad
Seterusnya, saya akan memberi perhatian untuk beberapa perkara:-
1.      Membangunkan Mailing List dengan menggunakan strategy yang dirancang www.perniagaansiber.blogspot.com.
2.      Mailing list system perlu di langgan. Kita boleh pilih mana-mana satu dari laman berikut:-
3.      Sediakan ebuku percuma untuk diedar melalui email autoresponder
Ditahap ini kita sudah bersedia untuk memasarkan produk kita samaada produk fizikal, produk digital ataupun ebuku semuanya boleh dipasarkan sebagai usahawan siber. Masa memberi alasan telah berlalu.
Apa produkpun boleh dipasarkan diruang maya melalui 9 dimensi perniagaan siber yang percuma sepenuhnya.

Apabila kita katakan PERCUMA, sudah tentu fungsi-fungsinya adalah terhad berbanding cara berbayar. Selain itu ada cara promosi yang melibatkan perbelanjaan yang minima jika anda ingin gunakan sebagai saluran promosi. 9 dimensi cara promosi yang percuma adalah seperti berikut:
  1. Dimensi Pemasaran yahoo group / google group
  2. Dimensi Pemasaran Affiliate
  3. Dimensi Pemasaran Dropship
  4. Dimensi Pemasaran Blog
  5. Dimensi Pemasaran Facebook
  6. Dimensi Pemasaran Ebay
  7. Dimensi Pemasaran Mudah.my
  8. Dimensi Pemasaran di Forum
  9. Dimensi Pemasaran Tweeter.

Setiap satu dimensi pemasaran ini menawarkan potensinya yang tersendiri. Selain itu ada 3 cara promosi yang berbayar adalah seperti:
1.      Email Autoresponder
2.      Sale Letter Marketing
3.       Pemasaran melalui Laman Web..



No comments:

Post a Comment