PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Friday 22 February 2013

Bahagian 14 rangkuman siri coaching dari 0 hingga menjadi usahawan siber



Belajar-belajar dan terus belajar macam mana system autoresponder berfungsi. Banyak fungsi-fungsi canggih terdapat di dalam system autoresponder dan pastikan kita luangkan masa untuk menguji system ini  untuk memastikan ianya benar-benar berfungsi. Setelah kita benar-benar berpuashati dengan system autoresponder pilihan kita, kita boleh tambah kata-kata yang menarik di ruangan yang berkenaan, dengan tujuan tidak lain agar ia boleh menarik perhatian bakal pelanggan kita  apabila mereka melihat bahan promosi kita kelak.

Kata-kata kunci yang boleh memikat adalah seperti….,

“Terima kasih kerana berminat untuk mendapatkan naskah percuma ebuku menjadi usahawan siber. Selamat belajar dan minta tolong untuk forwardkan email ini kepada rakan-rakan dan keluarga yang lain. Dibahagian akhir amail anda, jangan lupa masukkan kata-kata pengikat yang boleh memberi impak seperti:-

“kami akan kongsikan lebih banyak ilmu, tips-tips dan strategi-stretegi dan bahan-bahan berkaitan…dengan anda. Jika anda tidak memerlukan email-email dari kami, sila maklumkan kami supaya kami boleh mengeluarkan anda dari senarai penerima kami.

Seterusnya pergi semula ke google.com atau yahoo.com. dan carilah dalam forum-forum yang ada mengikut tajuk-tajuk pilihan kita. Sesuai dengan fokus penulisan saya diruangan ini yang memfokus kepada perniagaan siber. Satu contoh laman forum yang top adalah www.wangcyber.com

Ada pelbagai ruangan-ruangan perbincangan mengikut topik-topik dan sub-sub topik yang dengan bahan-bahan dan persoalan berkaitan aktiviti perniagaan siber. Saya ambil contoh forum di www.wangcyber.com. Terdapat pelbagai forum atau ruangan perbincangan mengikut tajuk-tajuk yang power penuh dengan tip-tip dan teknik yang mudah untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Anda perlu mendaftar dalulu dan kemudian post kan soalan-soalan anda dan tunggu saja, nanti akan ada pihak yang memberi respond terhadap tulisan anda.

Anda ada pilihan samaada mahu ‘download’ ke komputer ataupun “link” laman tersebut ke folder favorite supaya anda boleh melawat semula laman berkenaan kemudian.

Biasakan diri anda dengan cara ruangan forum dikendalikan dan cara ia berfungsi. Baca posting-posting yang terdapat di laman tersebut. Fahamkan panduan serta syarat-syarat untuk menyertai forum berkenaan. Jangan lupa juga luangkan masa untuk mambaca bahagian Frequently Asked Questions (FAQ).

Sekadar peringatan, anda mungkin perasan bahawa saya hanya memberi tumpuan kepada  perniagaan siber. Betul saya gunakan perniagaan hanya sekadar contoh sahaja. Setelah memahami konsep perniagaan siber, anda boleh sahaja memilih topic yang lebih fokus seperti pemasaran di Fb, pemasaran email, pemasaran di mudah.my atau lainnya. Seperkara lagi, faktor modal dan masa perlu diambil kira. Jika lagi kurang sumber modal anda, maka semakin fokuslah anda denga bidang pilihan anda.

No comments:

Post a Comment