PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Tuesday 5 February 2013

Hari ke 23 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Selasa 05/2/2013 17:00


Hari ke 23 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Selasa 05/2/2013 17:00
Di peringkat ini kita sepatutnya sudah mempunyai keyakinan diri yang mantap dan kita sepatutnya sudah nampak dengan jelas halatuju kita dalam perniagaan siber. Apapun situasinya, kita perlu terus menjalankan promosi, sediakan bahan publisiti yang baru. Sementara itu bahan yang lama boleh diubah dan diolah untuk diterbitkan semula.
Hubungi tuan punya laman web dan blog yang sedia ada mahupun blogger yang baru. Kebanyakan blogger juga merupakan webmaster. Ada juga site yang berperanan sebagai pengendali emagazine. Minta jasa baik mereka untuk menyiarkan rencana dan tulisan kita.
Disamping itu cari dan senaraipendek pengendali emegazine yang mengendalikan kandungan laman yang mempunyai minat yang serupa dengan kita. Tawarkan peluang untuk berkerjasama. Lebih banyak kita mendapat publisiti, lebih banyak site yang memaparkan rencana kita dilaman mereka, bermakna lebih ramai orang akan membaca rencana kita.
Pakej yang kita tawarkan kepada JV perlulah menarik, tawarkan lebih banyak perkongsian keuntungan. Jika pengendali laman web memaparkan no tel dilaman mereka, hubungi mereka terus dan bincang dengan mereka, untuk membolehkan tulisan kita disiarkan di laman web atau Blog mereka.
Di syarankan juga, jangan lupa tawarkan salinan percuma ebuku kita kepada setiap rakan JV kita. Minta mereka review bahan yang kita kirim. Selain itu tawarkan mereka untuk memberikan testimonial untuk disiarkan.
Hubungan mesra dengan rakan JV sangat penting kerana hubungan baik boleh dilihat dari tahap kerjasama yang akan diberikan oleh rakan JV. Anda jangan terkejut bila melihat pesanan mula mencurah masuk ke mail anda dan diwaktu yang sama juga jangan lupa untuk memantau akaun bank anda. Bandingkan akaun bank anda dengan email bukti bayaran yang anda akan terima. Setiap satu akaun yang telah disahkan, jangan tunggu lama-lama. Kirimkan link yang dijanjikan kepada mereka.

No comments:

Post a Comment