PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Wednesday 6 February 2013

Hari ke 24 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Rabu 06/2/2013 12.00


Hari ke 24 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Rabu 06/2/2013 12.00
Salam sejahtera saya ucapkan kepada para pengunjung yang bertuah, disini saya ingin mendapatkan maklum balas daripada pembaca sekelian  berkaitan proposal yang saya telah sediakan berikut:

Modul kursus berkaitan Pemasaran Melalui 9 Dimensi Perniagaan Siber  dibangunkan hasil dari penyelidikan selama dua tahun melalui Grant penyelidikan Perniagaan Siber oleh Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE), kepada saya sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Pengisian kursus antaranya akan mendedahkan para peserta bagaimana untuk mengenalpasti produk dan Insyaallah melalui kursus berkenaan juga para pelajar akan didedahkan bagaimana untuk mengenalpasti dan mencari barangan di lubuk-lubuk barangan yang murah selain membimbing mereka mengenalpasti “niche” berdasarkan minat mereka. Jika telah mengenalpasti produk, bagaimana produk mereka boleh dipasarkan dengan menggunakan 9 dimensi perniagaan siber merangkumi:

Dimensi Pemasaran yahoo group / google group
Dimensi Pemasaran Affiliate
Dimensi Pemasaran Dropship
Dimensi Pemasaran Blog
Dimensi Pemasaran Facebook
Dimensi Pemasaran Ebay
Dimensi Pemasaran Mudah.my
Dimensi Pemasaran di Forum
Dimensi Pemasaran Tweeter.

Setiap satu dimensi pemasaran ini menawarkan potensinya yang tersendiri. Ada yang boleh dimulakan dengan modal RM0.00, ada juga yang boleh dimulakan dengan modal yang amat minima dan memerlukan set up system automasi untuk membolehkan promosi produk berlaku di ruang siber secara sendiri 24 x 7.

Pengisian untuk setiap slot boleh meliputi perkara-perkara seperti:
- slot motivasi perniagaan,
- pengenalan setiap dimensi perniagaan siber dan bagaimana setiap satunya berfungsi,
- strategi-strategi pemasaran di ruang siber (contohnya strategi pemasaran di Fb, pemasaran di
  blog, strategi pemasaran viral, strategi “cross marketing in multipal channel”), dan banyak lagi  
  strategi-strategi pemasaran yang praktikal. 

No comments:

Post a Comment