PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Monday 18 February 2013

Bahagian 3 rangkuman siri coaching dari 0 hingga menjadi usahawan siber


Bahagian 3 rangkuman siri coaching dari 0 hingga menjadi usahawan siber

Usahawan Siber, kita perlu malah mesti membari tumpuan kepada kejayaan, sikap optimis dan maju ke hadapan dengan memberikan tumpuan kepada penyelesaian  masaalah.
Hindarkan semua orang-orang yang negative. Buang mereka jauh-jauh dari hidup kita, kerana kita tak rugi apa-apapun. Tanamkan rasa ingin belajar. Rendahkan diri. Lihat sekeliling kita. Pasti kita akan jumpa ramai lagi usahawan siber lain yang sedang terkial-kial kerana kekurangan pengalaman  berbanding anda. Ada juga usahawan yang sudah mula menikmati hasil yang lumayan hasil dari aktiviti sebagai usahawan siber. Oleh itu bertindaklah. Beri perhatian terhadap apa yang anda sedang lakukan dan tetapkan haluan kemana anda ingin tuju. Setiap malam sebelum masuk tidur, pasang angan-angan dan bayangkan di dalam minda,


Bayangkan bahawa anda telah mencapai kejayaan. Bayangkan anda mempunyai pendapatan melebihi RM 20,000 (sekadar contoh). Bayangkan diri anda sebagai seorang yang dermawan. Anda mengeluarkan sumbangan untuk aktiviti kebajikan dengan senang hati.  System perniagaan siber yang telah anda automasikan terus menjana pendapatan dan menghasilkan jualan dan wang terus mengalir ke dalam akaun anda. Bayangkan rumah banglow yang anda miliki serta kereta mewah impian anda. Sertakan angan-angan ini dengan doa yang dipohonkan kepada Allah.

Apabila bangun dari tidur pula, sebelum lakukan apa-apa, ingatkan diri anda, matlamat anda untuk Berjaya. Kegagalan bukanlah satu pilihan. Jangan lupa berdoa dan bermohon dengan ALLAH. Selalu ulang-ulang lafaz doa anda, setiap matlamat yang anda ingin capai dengan jelas.

INGAT!!!, kita boleh punyai ilmu, teknologi dan alat yang canggih, tertapi semua itu jiada gunanya jika “MINDSET” kita berkarat!,rosak atau corak pemikiran kita penuh dengan elemen-elemen yang negative. Oleh itu setkan minda kita dan seterusnya belajar bertenang kerana semakin tenang kita, maka minda kita akan berfungsi dengan lebih baik.

Saya ingin kongsikan di sini satu teknik mudah untuk melatih diri bertenang kerana semakin tenang diri kita, maka minda kita akan berfungsi dengan lebih baik. Tekniknya sebegini: Baring di atas katil atau kerusi lipat yang biasanya orang panggil kerusi malas. Pastikan anda berada dalam keadaan yang selesa.

Kemudian pejam mata anda dan tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan dalam kiraan lima. Lapangkan fikiran anda dan kosongkan minda. Tumpukan hanya kepada nafas yang sedang anda tarik dan hela. Ulang berkali-kali. Setiap kali anda lepaskan nafas, bayangkan diri anda menghumban keluar segala elemen-elemen negative: “rasa tak boleh”, “takut”, dan segala “kalau”, “kalau”, dan “kalau”, yang bersarang didalam diri anda.

Kemudian semasa menarik nafas, bayangkan segala kekosongan itu anda isikan dengan elemen-elemen yang positif yang menyenangkan dan memberikan tenaga dan kekuatan baru kepada anda.
Ulang teknik berkenaan 5-10 minit setiap pagi. Beberapa kali sehari terutama pada peringkat awalnya. Sehinggalah diri anda boleh merasa tenang dn relix. Akhir sekali jaga kesihatan anda. Pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

No comments:

Post a Comment