PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Thursday 21 February 2013

Bahagian 12 rangkuman siri coaching dari 0 hingga menjadi usahawan siber



Ciri-ciri Produk Dalam Talian Yang baik: 9/1/13 17.00

a)    Ringan
b)    Tidak mudah pecah
c)     Tahan lama
d)    Margin tinggi
e)     Berlian berulang
f)      Pasaran dunia

Menjual perkhidmatan:
                                                                                                                                                                                                                                                                                       
a)    Internet yang tiada had, kita boleh jumpa 300 – 400 prospek sehari
Bahagian 2: Perniagaan yang Terhangat di Internet (PTI).


PTI = Minat + Permintaan – Persaingan
Masa


6.1 Permintaan
Satu dari petua untuk Berjaya dalam perniagaan berasaskan internet adalah MINAT + PERMINTAAN – PERSAINGAN = Perniagaan yang Berjaya.
Minat- maksudnya kita terlebih dahulu perlu mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perkhidmatan atau barangan yang kita ingin tawarkan.

Permintaan- barangan yang ingin kita jual perlulah mempunyai permintaan yang tinggi dalam internet. Kita boleh gunakan enjin-enjin pencari untuk mendapatkan maklumat mengenai barangan atau perniagaan yang kita ingin ceburi.

Persaingan-kita perlu kenalpasti pesaing-pesaing kita. Dengan adanya maklumat mengenai pesaing dan saingan yang akan kita hadapi, maka mudahlah untuk kita menyusun strategi.
Bertanya Kepada Yang Tahu

Untuk mengenal pasti ketiga-tiga perkara di atas maka kita boleh lakukan perkara-perkara berikut:
1.     Tanya orang lain yang juga menceburi perniagaan dalam internet. Kita perlu jelas apa yang kita tidak tahu. Jangan takut jika soalan yang ditanya akan kelihatan bodoh.
2.     Kenalpasti 5 blog yang popular berkaitan produk yang menjadi minat kita. Periksa di enjin pencuci dengan menggunakan kata kunci, kenal pasti 5 blog yang tersenarai di laman pertama atau kedua.
3.     Tips- Ambil masa sedikit untuk melihat berbagai reka bentuk dan kandungan laman yang tersenarai dalam 5 senarai teratas di laman pertama dan cuba bandingkan dengan rekabentuk dalam kandungan yang terdapat dalam laman-laman di senaraike 15, 20, 25,…50 dan sebagainya.
Yang pastinya laman- laman web  yang tersenarai disenarai sebelah belakang mempunyai lebih banyak gambar berbanding dengan teks.

System rangking di enjin pencari google adalah berdasarkan jumlah bilangan teks yang terdapat di sesuatu laman web tersebut. Disamping itu ia bergantung juga kepada kata-kata kunci yang didaftarkan dilaman-laman tersebut.

Pemasaran nieche merupakan istilah yang tepat untuk merujuk kepada pasaran yang telah dijuruskan kepada bidang yang spesifik dan segment yang khusus. Contoh pasaran nieche adalah seperti berikut:-
Contoh 1- Pasaran umum – anda boleh cuba jual tudung. Ada pelbagai jenis tudung. Umpamanya jika pelanggan ingin mencari tudung dan membuat pencarian di ruang siber menggunakan enjin-enjin pencari yang utama. Hasil pencarian akan tersenarai beribu malah berjuga link yang merujuk kepada produk berasaskan tudung, termasuklah tudung saji, anak tudung dan lainnya. Sebaliknya jika kita menggunakan produk berasaskan nieche. Kita menjual “anak tudung” dan  menggunakan “anak tudung” sebagai kata kunci , kita akan dapati ada lebih 12 juta link di tunjukkan, sebaliknya jika kita menggunakan kata kunci “tudung”, kita akan melihat lebih dari 20 juta link.

Adakah sama beratus ribu orang mencari tudung yang belum pasti mereka akan jumpa laman anda untuk membuat pembelian, berbanding dengan beribu orang mencari “anak tudung” dan sampai ke laman web anda dan kunjungan tersebut bukan sahaja berakhir dengan membeli anak tudung, sebaliknya sebahagian dari mereka juga akan membeli tudung di laman web atau blog anda.

Ingat ya, orang yang membeli tudung pasti akan membeli anak tudung dengan anda dan orang yang mencari anak tudung, belum pasti akan membeli tudung dengan anda. Tapi peluangnya ada. Inilah yang dikatakan sebagai pasaran nieche.

Setelah  anda mula faham, macammana untuk mengenalpasti produk atau pasaran berdasarkan minat dan kebolehan anda. Timbul satu persoalan, bagaimana hendak mula. Hendak menjual produk fizikal ataupun bukan produk fizikal.

No comments:

Post a Comment