PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Thursday 7 February 2013

Hari ke 25 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Khamis 07/2/2013 17:00


Hari ke 25 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Khamis 07/2/2013 17:00

Pendahuluan
Umumnya masyarakat internet bersikap “skeptical” dan curiga jika ada yang ingin menjadi blogger sepenuh masa. Maksudnya sumber pendapatan mereka sepenuhnya bergantung kepada blog. Ramai.
Boleh ke bergantung hidup dengan blog. Berapa yang kita boleh hasilkan dengan hanya bergantung kepada blog. Lebih Dahsyat lagi jika ada ibubapa yang bermenantukan blogger sepenuh masa. Tentuk SESAK NAFAS memikirkan apa yang menantunya buah asik berkurung dalam bilik. Apa nak bagi anak bini dia orang makan. Jika menantu blogger cuba terangkan, bapa mentua tidak faham kerana dunia blogging adalah diluar imaginasi mereka.
Itulah nasib blogger. Jika anda cuba tunjukkan kemewahan hasil dari blogging, mak ayah dan keluarga mentua menjadi curiga…., mana dapat duit banyak itu. Skim labu peram mana yang mereka sertai hingga mampu buat duit sebanyak itu.
Bukan semua orang boleh menjadi blogger yang berjaya dan menikmati hasil pendapatan yang lumayan. Menjadi blogger sepenuh masa tidak mudah dan juga tidak mustahil. Anda sendiri buat penyelidikan. Banyakkan “Googling” cari ilmu blogging yang berselerak di internet. CARI!!, KUMPUL!!! Dan ORGANIZE!!! Semua maklumat-maklumat yang anda kumpul dan susun atur menjadi satu turutan panduan blogging.
Pernahkah kita terfikir blog mampu memberikan sejumlah pendapatan yang lumayan sehingga 4 dan 6 angka setiap bulan? Sebelum ini, blog cuma dianggap sebagai diari peribadi, yang hanya digunakan untuk meluahkan emosi dalam hati setiap hari
Untuk menjadi blogger sepenuh masa, perlukan perancangan yang rapi. Kita mesti tahu fokus kita. Dari platform yang kita gunakan untuk membangunkan blog, fokus kandungan kita, siapa khalayak dan berapa ramai yang mengikuti posting kita, kedudukan ke berapa rangking kita di internet dan sebagainya

No comments:

Post a Comment