PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Monday 18 February 2013

Bahagian 2 Rangkuman Siri Coaching Dari 0 hingga Menjadi Usahawan Siber


Sila ikuti sambungan rangkuman siri coaching dari o hingga menjadi usahawan siber. Anda sudah bersedia untuk menjadi usahawan siber. Di awal perjalanan menjadi usahawan siber, paling penting untuk anda tetapkan matlamat. Apa yang anda inginkan. Dalam ertikata lain, anda mesti bersedia untuk RESET MINDA ANDA.

Dalam proses ini dua perkara perlu diberi perhatian:
1.     Reset Minda Silam – Senaraikan segala aktiviti negative dan gaya hidup lampau anda di atas kertas. Kemudian lipat dan masukkan kedalam sampul surat dan lekatkan gam dan tidak perlu dibuka lagi. Letakkan sampul tersebut ditempat yang selamat dan tak mudah dicapai.

2.     Reset Minda Usahawan – Senaraikan apa yang anda ingin capai dengan menceburi perniagaan siber. Masukkan kedalam senarai anda sesuatu yang realistic. Jangan lupa senaraikan juga niat untuk melakukan kebajikan dalam hidup. Senarai tersebut hendaklah ditulis dengan jelas dan lekatkan senarai tersebut di tempat yang anda mudah lihat. Buat salinan jika anda mahu. Itulah sebaiknya.

Buat SWOT Analysis.

-         Senaraikan “Strength” (S) anda. Jangan berikan Akal dan Minda anda untuk mempengaruhi anda. Gunakan minda bawah sedar dan “sense” anda untuk menyeneraikan kelebihan anda tanpa rasa prejudis.
-         Senaraikan “Weakness” (W) anda. Senaraikan segala kelemahan yang anda dapat kesan dalam diri anda. Bersikap jujur dengan diri anda jangan biarkan walau satupun sikap negatif  tercicir dari senarai anda. Minta tolong rakan untuk mengesan keburukan dan kelemahan anda.
-         Senaraikan “Opportunity” (O) anda. Senaraikan segala peluang yang ada dihadapan anda. Jangan risau senaraikan sahaja apa sahaja yang anda rasakan sebagai peluang. Jangan risau samaada senarai “O” anda kelihatan amenasabah atau tidak. Buat sahaja senarai tersebut.
-         Senarai “Threat” (T) anda. Senaraikan apa sahaja yang anda rasakan boleh menjadi ancaman kepada diri anda.
Secara ringkasnya: SWOT adalah mewakili senarai kelebihan dan kelemahan kita. Peluang yang datang kepada kita dan juga ancaman yang kita jangka, kita akan hadapi. S dan O mewakili elemen –elemen positif dalam  diri kita dan senarai yang kita telah buat terhadap S dan O sepatutnya perlulah lebih panjang berbanding dengan W dan T, yang mewakili alemen negative dalam diri kita.

Seterusnya ingat, untuk Berjaya…, buang segala halangan dan rintangan dihadapan kita. Tukarkan semuanya menjadi peluang. Tetapi ianya bergantung kepada cara kita melihat sesuatu rintangan itu.

Masih ingat lirik lagu ini:
“…jika kau fikirkan kau boleh!!!, kau pasti boleh melakukan…”.

Anda sendiri perlu RESET minda anda. Fikirkan betapa betuahnya anda dapat peluang untuk mengikuti tulisan ini secara percuma.

Fikirkan:,
1.    Berapa ramai  lagi orang yang terjebak dalam situasi  seperti anda atau situasi yang lebih teruk lagi tidak berpeluang untuk mendapatkan bimbingan.
2.    Betapa ramai orang yang terpenjara dalam kerjaya yang menjadikan mereka menderita, tidak meminati dengan pekerjaan yang dilakukan, dan terperangkap dengan pekerjaan rutin yang mengikat mereka 9.00 – 5.00 setiap hari. Sudahlah gaji tak sebeberapa, 1/3 dari 24 jam sehari anda habis begitu sahaja. Hendak keluar dari rutin ini anda tidak berani kerana tiada kepastian mengenai kedudukan kewangan anda dan mengenai esok hari.
3.    Anda terpaksa menghabiskan 1-2 jam lagi setiap hari di dalam pengangkutan awam untuk berulang alik antara tempat kerja dan rumah. Di tangan anda ada gadget canggih yang hanya menjadi peneman anda untuk anda gunakan untuk melayari Fb atau mendengar muzik.
4.     Anda lihat ramai orang disekeliling anda memakai pakaian yang berjenama, eksessori yang menarik malah berkerata mewah. Gaya hidup seperti orang berada. Anda sekadar boleh memasang angan-angan sahaja kerana tidak mampu untuk mengikut gaya hidup sebegitu.

No comments:

Post a Comment