PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Tuesday 19 February 2013

Bahagian 4 rangkuman siri coaching dari 0 hingga menjadi usahawan siber




Memilih Perniagaan Yang Sesuai.

Kita pasti ada banyak idea perniagaan kerana kita terdedah dengan berbagai jenis iklan dan maklumat. Jika kita diminta untuk menyenaraikan 10 jenis perniagaan internet yang kita rasakan sangat berpotensi untuk dikembangkan. Pasti kita akan dapat melakukannya.

Apapun anda dinasihatkan agar bertenang. Lakukan dengan mengambil kira faktor-faktor seperti kemampuan anda untuk melaksanakannya. Nasihat saya walau apa pun  idea perniagaan anda lakukan satu per satu. Perniagaan yang terbaik adalah berdasarkan:

 MINAT

Minat sahaja tidak cukup, kita perlu juga tahu apa kah permintaan yang tinggi ketika ini dan untuk melihat permintaan kita boleh gunakan “Google Keyword tools”.
Hyperlink  di bawah menunjukkan paparan laman web Google keyword  yang boleh digunakan untuk menganalisa keberkesanan penggunaan kata kunci. Ini merupakan satu bentuk reverse search engine. Boleh dijadikan panduan untuk menentukan fokus pasaran (niece market). Kita akan membincangkan dengan lebih lanjut cara memilih kata kunci yang sesuai di bab……….

PENGALAMAN
Tanya diri anda apa pengalaman anda dalam perniagaan internet. Pernahkah anda mencuba menjual di internet. Platform apa yang anda gunakan untuk menjual di internet. Berapa jam sehari anda luangkan masa di internet.
Ramai orang yang berjaya sebagai usahawan siber hari ini mempunyai sejarah kegagalan yang panjang. ……..dalam perniagaan  


PENGETAHUAN
Anda boleh jual apa sahaja tertapi pastikan anda Berikan perhatian terhadap produk yang ada permintaan dan strategi yang anda pilih akan menentukan anda mendapat kejayaan atau  tidak.

Pokoknya buat apa yang anda minat. Buat SWOT untuk mengenali apa yang anda minati untuk kenalpasti kelebihan dan kekurangan anda.

TEKNIK ZEROBASE THINGKING.

Teknik zero base thingking sangat sesuai digunakan sebagai panduan dalam menentukan  minat, kebolehan dan apa yang kita suka lakukan. Ingat tiada gunanya anda melakukan kerja yang anda tidak suka lakukan. Pasti anda akan gagal.

Untuk gunakan TEKNIK ZERO BASE THINGKING, anda lakukan langkah-langkah berikut:

1.     Duduk diam.
2.     Pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam dan tumpukan perhatian dan fikirkan:

          MINAT –Kenalpasti apa minat anda dan kemahiran anda.

TAHU  - adakah anda tahu secara mendalam. Apa skil yang anda miliki dan akhir  sekali

SUKA – apa yang anda suka lakukan dimasa lapang anda.

Berikut ini saya berikan beberapa contoh untuk Minat + Tahu + Suka    
(MTS):

Contoh 1 – Perniagaan jenis motivasi
Minat- Beri ceramah motivasi
Tahu- Mangajar
Suka- berucap

Contoh 2-
          Minat- Beri ceramah motivasi
Tahu- Mangajar
Suka- berucap

Contoh 3 Perniagaan jenis  fesyen:
                   Produk Menjual baju
                   Perkhidmatan: Menjual Perkhidmatan Menjahit
Informasi Menjual e-book nasihat dan tip fesyen                                                                                                                         

Contoh 4 Perniagaan Melibatkan Industri Fotografi
                   Produk: Menjual kamera
                   Perkhidmatan: Perkhidmatan jurugambar acara perkahwinan
Informasi:  membuka laman keahlian tip-tip fotografi berbentuk video.

Contoh 5 Perniagaan Melibatkan Industri Kesihatan
                   Produk: Menjual produk pelangsingan badan
Perkhidmatan: Perkhidmatan guru yoga
Informasi :  menjual e-book tip-tip dan teknik senaman


Gunakan petua dibawah:
Contoh 1
Apa yang kita minat: contoh ceramah motivasi
Apa yang kita tahu: teknik-teknik perniagaan dalam talian
Apa yang kita Suka: contoh memberikan ceramah dan kuliah





Berikut saya sertakan beberapa contoh  lain perniagaan  dalam talian yang sedia ada.
Contoh 1 Apa yang kita minat: Buku-buku agama.
Apa yang kita tahu: menulis buku berkaitan agama.
Apa yang kita Suka: member khidmat nasihat berkaitan agama.



Apa yang kita minat: contoh  Membaiki alat  telekomunikasi.
Apa yang kita tahu: teknik-teknik perniagaan dalam talian.
Apa yang kita Suka: menasihat orang lain berkaitan alat komunikasi.

Contoh perniagaan dalam talian yang sesuai dengan kita adalah www.handphonesolution.com

Contoh 3
Apa yang kita minat: Fotografi
Apa yang kita tahu: teknik-teknik fotografi
Apa yang kita Suka: Berkongsi ilmu dengan orang             
  Lain
Contoh perniagaan dalam talian yang sesuai dengan kita.    www.noorizamsabran.com

Contoh 4
Apa yang kita minat: Baby gift
Apa yang kita tahu: Mendapatkan Baby   
     gift yang murah dan berkualiti
Apa yang kita Suka: Kanak-kanak dan  memberi khidmat nasihat berkaitan anak-anak.
Contoh perniagaan dalam talian yang sesuai adalah www.izzulbabygift.com

No comments:

Post a Comment