PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Tuesday 19 February 2013

Bahagian 5 rangkuman siri coaching dari 0 hingga menjadi usahawan siber



Kaedah Praktikal Menjual di Internet.

 A. Borong – kita boleh beli secara borong dan jual semula dalam talian contohnya pengalaman perintis jutawan internet saudara Irfan Khairi menjual peta dalam talian. jika ada antara pembaca yang tidak tahu kesah tersebut sila berikan email anda diruangan maklumbalas. saya akan emailkan kesah tersebut kepada anda.

B. Affiliate- Program affiliate merupakan kaedah jualan tanpa modal

Anda register dengan Amazon sebagai affiliate members dan mendapatkan link. anda promote link tersebut kepada orang ramai . apabila orang ramai klik link anda dan pergi ke laman tersebut di Amazao dan melakukan pembelian. Jika ada jualan anda akan dapat komisyen.

 Andaikan  jika anda berperang secara satu lawan satu, agak-agak anda, siapa yang akan menang. Mungkin anda akan menang dan mungkin juga lawan anda akan menang atau mungkin juga kedua-dua anda akan kalah. Tertapi jika anda mempunyai ramai askar dan berlawan dengan musuh. Peluang untuk anda Berjaya adalah lebih cerah kerana anda dibantu oleh tentera yang ramai.

Analogi di atas boleh dibawakan dalam perniagaan . anda merupakan ketua didalam perniagaan dan anda dibantu oleh ramai tentera yang terdiri dari. Pelbagai applikasi yang boleh memberikan impak yang maksima dalam perniagaan internet.

C. Email
Email merupakan satu medium komunikasi yang terpantas dan menjimatkan. Anda boleh mengirim surat dan dokumen beratus muka surat merentas benua hanya dalam beberapa saat. Contohnya anda di Kuala Lumpur ingin mengirim surat yang disertakan laporan kepada prospek di London atau New York boleh anda lakukan dalam beberapa detik sahaja.

Selain dari kepantasan dalam mengirim berita melalui email, kos untuk mencetak dokumen tersebut pula akan ditanggung oleh penerima.Saya ambil gmail (www.gmail.com) sebagai rujukan gmail merupakan satu perisian yang “cerdik”. Pasti majority dari anda menggunakan gmail. Jika anda tiada akaun gmail, pastikan anda daftar satu akaun baru. Email boleh membantu kita 1. Menguatkan kos dan masa. 2. Menguruskan email yang diterima. Kita boleh sisihkan mengikut ketegori telah dibaca, telah dilihat, telah dijawab dan sebagainya. Anda cuba gunakan gmail dan lihatlah betapa berfaedahnya ia.

D. Tweeters

Tweeter   www.tweeter.com
Merupakan satu jenis perisin yang semakin diguna ramai untuk membentuk jaringan rangkaian social. Jika anda mendaftar satu akaun tweeter, anda boleh mengirim mesej kepada setiap ahli yang mendaftar menjadi rakan atau pengikut and
.
Twitter merupakan satu bentuk rangkaian sosial dan mikroblog  yang membolehkan pengguna untuk menghantar dan membaca mesej sebagai tweets
tweets merupakan posting dalam bentuk teks iaitu pesanan yang kita ingin kirim sehingga 140 patah perkataan dan akan dipaparkan didepan muka profail seterusnya ianya dihantar secara automatik kepada semua rangkaian yang telah dihubungkan kepada anda yang dikenali sebagai follower.

Jadi secara jelasnya Twitter ni seperti blog jugak, tapi dia adalah microblog.. sesuai untuk kita update sesuatu dalam kepala terus ke dalam internet dengan pantas dan ringkas. 

No comments:

Post a Comment