PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Friday 22 February 2013

Bahagian 13 rangkuman siri coaching dari 0 hingga menjadi usahawan siber




Bagaimana untuk memasarkan Produk Anda.
Langkah pertama untuk memasarkan produk sendiri adalah dengan menghasilkan “Signature line” (ayat-ayat power untuk menarik perhatian). Dalam bahasa mudahnya dikenali sebagai “Unique Selling Propotion” (USP). Anda teliti contoh ayat-ayat pawer yang sedia ada di pasaran dan kemudian saring dan pilih faedah dan kelebihan yang terdapat pada produk yang anda ingin tawarkan.
Ingat ya, ayat-ayat power yang anda rujuk, telah berada dalam pasaran dan ianya telah diuji.

Setelah kita siapkan “Sale letter” surat jualan, kita tidak boleh edarkan atau letakkan diruang siber sebegitu sahaja kerana tujuan sale letter adalah untuk memikat bakal pelanggan dengan pandangan pertama. Bakal pelanggan yang singgah di laman anda akan teruja dan terpengaruh dengan ayat-ayat power anda.
Langkah seterusnya adalah mengajak mereka supaya mendaftar dengan anda dan memberikan email mereka supaya mereka boleh menikmati bahan-bahan percuma dari anda. Aktiviti sebegini merupakan aktiviti utama di dalam pemasaran email “Email marketing”.

Untuk menghubungi mereka yang telah mendaftar dengan anda secara sukarela, anda boleh gunakan “autoresponder”. Jika anda ingin memulakan perniagaan dengan modal kosong, anda dicadangkan gunakan system affiliate. Buat duit dahulu untuk kumpul modal. Bila sudah ada modal barulah anda gunakan perkhidmatan percuma seperti www.getresponse.com, www.sendfree.com, www.responder.com, www.listwire.com dan lain-lain lagi perkhidmatan berbayar. Tiada apapun yang percuma. Cuma bezanya antara satu penyedia perkhidmatan yang lain dengan yang lain adalah dari segi tempoh masa menikmati perkhidmatan percuma, itupun setelah anda mendaftar dengan mereka.

Bagaimana Untuk Melihat  Laporan Prestasi Banner.
Apa hasil banner yang kita letakkan di sesuatu laman web. Kita pasti ingin tahu samaada iklan baner memberikan hasil yang diharapkan samaada positif atau sebaliknya.
Aktiviti promosi banner di internet boleh kita kesan “track” prestasinya. Kita boleh tahu berapa ramai yang melawat laman yang menempatkan iklan banner kita. Bukan itu sahaja. Kita boleh juga  tahu berapa ramai orang yang klik iklan baner kita.

Antara “impression” dan “click through”
Impression adalah merujuk kepada bilangan orang yang melawat laman web yang memaparkan iklan banner kita. Walaupun pengunjung mungkin tidak memerhatikan iklan banner kita, tertapi paparan web sudah cukup untuk mengandaikan pelawat telah menatap iklan banner tersebut.
Click through pula merujuk kepada keadaan yang mengambil kira berapa orang yang telah benar-benar klik banner kita. Kita mungkin mendapat 5000 klik, tertapi jika iklan banner yang dipaparkan di klik oleh pengunjung yang kurang berkualiti dan tidak khusus mencari barangan yang kita tawarkan.

Kita mungkin mendapat 10000 impression, tertapi ia akhirnya mungkin mendapat 100 click sahaja. Jangan risau. 100 klik through yang berkualiti dan menghasilkan jualan adalah lebih baik dari 10000 impression yang tidak membawa apa-apa hasil.

Iklan benner kita mungkin disiarkan di beberapa laman web. Dengan menggunakan teknik yang betul kita mungkin mendapat hasil yang  jauh lebih baik .
Contohnya laman web A mungkin mempunyai 900 impression dan mendapat 40 klik. Hasilnya ia membawa kepada 4 “comfirm sales”.
Ada 2 cara bayaran dikenakan jika menggunakan bayaran berdasarkan impression  atau berdasarkan klik. Jika kos untuk iklan per impression adalah 1 sen bermakna anda membalanjakan RM 9.00 untuk 900 impression. Manakala jika bayaran berdasarkan setiap klik dikenakan RM 0.10, maka untuk 40 klik anda terpaksa membelanjakan RM 4.00

Laman web B pula mungkin mempunyai 9000 impression. Ia mendapat 100 klik dan mungkin hanya mendapat 1 atau 2 jualan.  
Jika kos untuk iklan per impression adalah 1 sen bermakna anda membalanjakan RM 90.00 untuk 9000 impression. Manakala jika bayaran berdasarkan setiap klik dikenakan RM 0.10, maka untuk 100 klik anda terpaksa membelanjakan RM 10.00.
Dari contoh di atas kelihatan seolah kedua-dua kos tersebut tidak banyak. Tertapi dalam perniagaan di ruang siber, setiap sen adalah bermakna. Cari strategi bagaimana membelanjakan seminima yang boleh untuk mendapatkan hasil yang paling maksima.
Suka saya ingatkan sekali lagi, perlunya mengenal pasti laman yang tepat untuk iklan banner yang sesuai supaya dapat memberikan kesan yang maksima.

No comments:

Post a Comment