PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Tuesday 12 February 2013

Hari ke 27 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Selasa 12/2/2013 07:00


Hari ke 27 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Selasa 12/2/2013 07:00
Salam semua selepas bercuti selama tiga hari sempena tahun kini kita kembali memberi fokus kepada siri coaching perniagaan siber. Kita ikuti seterusnya. Tulisan hari ini mamberi tumpuan kepada Teknik Menjual di Ruang Siber. Tulisan ini akan diterbitkan dalam tiga siri iaitu Jam 7:00, 12:00 dan 17:00. Sila baca dan fahamkan semuga ia boleh memberi panduan kepada kita semua.

Sebagaimana aktiviti menjualbeli di dunia nyata, di dunia siber juga tidak kurang rancaknya aktiviti menjualbeli. Malah nilai jualbeli diruang siber semakin meningkat dan berkembang hingga mencecah trillion USD. Kepada pembaca yang keliru berapa banyak Trillion itu. Trillion samalah nilainya dengan satu ribu Billion USD. Ini tidak menghairankan kerana peluang dan kelebihan yang disediakan oleh teknologi Internet menyebabkan hampir semua industry berlumba-lumba menawarkan platform untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Siapa yang tidak mahu berhijrah menggunakan kemudahan jualbeli di internet, akan ketinggalan kerana relatifnya barangan yang dijual di internet, sama kualiti dengan barang yang dijual didunia nyata. Cuma harganya lebih murah kerana tidak melibatkan terlalu banyak orang tengah.

Untuk membolehkan jualbeli benar-benar berlaku di ruang siber kita perlu tahu teknik yang sesuai untuk membolehkan apa yang kita jual itu mendapar respond yang menggalakkan dan hasil yang lumayan. Ada pelbagai teknik menjual di ruang siber. Saya akan kongsikan sebahagiannya disini. Sebelum itu soalan cepu emas saya, anda pernah menjual diruang siber. Apa hasil yang anda terima. Lumayan tak. Atau anda gagal dalam semua usaha anda menjual dalam talian. Mengapa ada orang yang Berjaya menjual dan ada pula yang gagal. Sekian untuk waktu ini dan sila ikuti sambungan di terbitan jam 12:00 siri coaching usahawan siber.
Disini saya ingin kongsikan sedikit MAKLUMAN PENTING: 

Saya sedang menyiapkan ebuku bertajuk: PERNIAGAAN SIBER KINI SEMUA ORANG MAMPU BUAT DUIT LEBIH DENGAN 9 DIMENSI PERNIAGAAN SIBER- Panduan Ringkas + Membantu Kita Membuat Keputusan Yang Akan mengubah Nasib Kita. Saya bercadangkan untuk memberikan Ebuku tersebut secara percuma kepada rakan-rakan yang berdaftar di www.facebook.com/perniagaansiberbiz dan www.perniagaansiber.blogspot.com

Untuk tidak ketinggalan tulisan di blog ini sila follow blog ini dan kemudian daftar diruang Join this site. 



No comments:

Post a Comment