PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Wednesday 6 February 2013

Hari ke 24 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Rabu 06/2/2013 17:00


Hari ke 24 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Rabu 06/2/2013 17:00

Perniagaan Siber merupakan satu cabang perniagaan yang semakin diceburi oleh generasi muda tertapi tidak banyak diberi perhatian oleh kerajaan. Jika pihak yang berkenaan mengambil peluang ini untuk menganjurkan Kursus Pemasaran Produk Melalui 9 Dimensi Perniagaan Siber, akan mendapat perhatian dan akan menjadi peneraju dalam bidang  yang masih di abaikan ini.

Dengan teknik dan strategi berkesan yang akan ditunjukkan, Insyaallah boleh dijadikan panduan dan petua  bagaimana untuk menghasilkan dengan pelbagai sumber pendapatan tambahan tanpa perlu meninggalkan rumah.

Ilmu berkaitan Perniagaan Siber Insyaallah mampu membantu para pelajar agar dapat  menghasilkan  pendapatan tambahan hanya dengan berada dalam talian selama satu-dua jam sehari. Dengan teknik dan strategi berkesan yang akan ditunjukkan, Insyaallah boleh dijadikan panduan dan petua  bagaimana untuk mencipta pelbagai sumber pendapatan tambahan tanpa perlu meninggalkan rumah. Penting sekali aktiviti dalam talian ini tidak sekali-kali akan menganggu tugas dan tanggungjawab hakiki mereka.

Dunia kerjaya semakin mencabar masa kini. Negara menghasilkan semakin ramai graduan manakala pasaran kerja yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta semakin terhad dan tidak mampu menampung permintaan dari pasaran kerja.

Kos hidup yang semakin meningkat dalam semua perkara: dari kos pendidikan hinggalah kos sara hidup seharian semakin menekan para ibubapa dan graduan dalam jagaan menyebabkan pelbagai usaha dan kerja tambahan terpaksa dilakukan untuk membolehkan mereka menampong perbelanjaan harian tanggungan mereka.

Para pelajar pula, sama ada yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi atau yang telah menamatkan pengajian berhadapan dengan tekanan yang hebat untuk mencari kerja supaya mereka mampu membina rumah tangga sendiri tanpa bergantung kepada ibubapa.

No comments:

Post a Comment