PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Friday 22 February 2013

Bahagian 15 rangkuman siri coaching dari 0 hingga menjadi usahawan siber



Belajar-belajar dan terus belajar macam mana system autoresponder berfungsi. Banyak fungsi-fungsi canggih terdapat di dalam system autoresponder dan pastikan kita luangkan masa untuk menguji system ini  untuk memastikan ianya benar-benar berfungsi. Setelah kita benar-benar berpuashati dengan system autoresponder pilihan kita, kita boleh tambah kata-kata yang menarik di ruangan yang berkenaan, dengan tujuan tidak lain agar ia boleh menarik perhatian bakal pelanggan kita  apabila mereka melihat bahan promosi kita kelak.

Kata-kata kunci yang boleh memikat adalah seperti….,

“Terima kasih kerana berminat untuk mendapatkan naskah percuma ebuku menjadi usahawan siber. Selamat belajar dan minta tolong untuk forwardkan email ini kepada rakan-rakan dan keluarga yang lain. Dibahagian akhir amail anda, jangan lupa masukkan kata-kata pengikat yang boleh memberi impak seperti:-

“kami akan kongsikan lebih banyak ilmu, tips-tips dan strategi-stretegi dan bahan-bahan berkaitan…dengan anda. Jika anda tidak memerlukan email-email dari kami, sila maklumkan kami supaya kami boleh mengeluarkan anda dari senarai penerima kami.

Seterusnya pergi semula ke google.com atau yahoo.com. dan carilah dalam forum-forum yang ada mengikut tajuk-tajuk pilihan kita. Sesuai dengan fokus penulisan saya diruangan ini yang memfokus kepada perniagaan siber. Satu contoh laman forum yang top adalah www.wangcyber.com

Ada pelbagai ruangan-ruangan perbincangan mengikut topik-topik dan sub-sub topik yang dengan bahan-bahan dan persoalan berkaitan aktiviti perniagaan siber. Saya ambil contoh forum di www.wangcyber.com. Terdapat pelbagai forum atau ruangan perbincangan mengikut tajuk-tajuk yang power penuh dengan tip-tip dan teknik yang mudah untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Anda perlu mendaftar dalulu dan kemudian post kan soalan-soalan anda dan tunggu saja, nanti akan ada pihak yang memberi respond terhadap tulisan anda.

Anda ada pilihan samaada mahu ‘download’ ke komputer ataupun “link” laman tersebut ke folder favorite supaya anda boleh melawat semula laman berkenaan kemudian.

Biasakan diri anda dengan cara ruangan forum dikendalikan dan cara ia berfungsi. Baca posting-posting yang terdapat di laman tersebut. Fahamkan panduan serta syarat-syarat untuk menyertai forum berkenaan. Jangan lupa juga luangkan masa untuk mambaca bahagian Frequently Asked Questions (FAQ).

Sekadar peringatan, anda mungkin perasan bahawa saya hanya memberi tumpuan kepada  perniagaan siber. Betul saya gunakan perniagaan hanya sekadar contoh sahaja. Setelah memahami konsep perniagaan siber, anda boleh sahaja memilih topic yang lebih fokus seperti pemasaran di Fb, pemasaran email, pemasaran di mudah.my atau lainnya. Seperkara lagi, faktor modal dan masa perlu diambil kira. Jika lagi kurang sumber modal anda, maka semakin fokuslah anda denga bidang pilihan anda.
S15
Pemasaran Dengan Face Book.
Salam semua, selamat bertemu lagi . tulisan untuk terbitan jam 17.00 hari ini akan membincangkan satu lagi saluran pemasaran iaitu pemasaran menggunakan Facebook. Panduan pemasaran dengan Facebook akan disiarkan dalam empat penerbitan berturut-turut iaitu siri pertama akan disiarkan hari ini jam 17.00 diikuti dengan siri 2 akan diterbitkan pada hari Jumaat 25/1/2013 untuk siaran jam 7.00, 12.00 dan siaran jam 17.00.
Para pembaca mungkin tertanya kenapa tiada siaran/terbitan pada hari Khamis. Sebabnya Khamis adalah cuti Umum Begitu juga Isnin Depan juga tiada siaran kerana cuti umum. Saya hendak gunakan masa cuti umum untuk merehatkan jari-jari yang penat menaip di computer.
Baik kita mulakan perbincangan kita. Jika ditanya kepada 10 orang, siapa yang mempunyai akaun Facebook, pasti hamper kesemuanya dengan bangga akan mengaku memiliki akaun Facebook. Mempunyai akaun rangkaian social seperti Facebook merupakan satu fenomena. Timbul rasa malu jika tidak mempunyai akaun Facebook.
Apa itu F.A.C.E.B.O.O.K
Kita boleh meringkaskan Facebook sebagai:
F – Fan page
A – Add fans
C – Connect
E – Experience
B – Buy ads
O – Offer promotion
O – Online mobile
K – Keep Updating
Kombinasi kelapan-lapan elemen di atas jalan dimenafaatkan sepenuhnya, akan memberikan impak yang sangat memberangsangkan. Sangat penting untuk kita terus belajar dan mengambil tahu semua fungsi yang terdapat dalam Facebook.
Todak mustahil seseorang yang mempunyai pendapatan di bawah RM 1,500 sebulan hasil jawatan yang disandangnya, mampu menghasilkan pendapatan sampingan antara RM 3,000 – RM 5,000 sebulan. Hanya dengan strategi yang betul dan system yang sesuai, laman facebook akan menjana pendapatan tambahan untuk anda dengan sendirinya.
Jika anda. seorang pelajar, wang saku anda pasti hanya cukup-cukup untuk menampong pelajaran and di university. Akaun Facebook anda jika diuruskan dengan betul, akan mampu membantu anda menjana pendapatan hingga ribuan ringgit.

Melalui ruangan yang sempit ini, saya ingin kongsikan lebih lanjut dengan anda mengenai Facebook yang merupakan medium pemasaran social yang paling popular ketika ini.
FAN PAGE
Di ruang siber, tidak ada limitasi berapa ramai rakan follower yang  anda boleh daftarkan untuk menghasilkan Fan page. Cara untuk menghasilkan Fanpage mudah sahaja;
-         Kita log in ke www.facebook.com
-         Cari “Fpage” di http://www.facebook.com/apps/directory.php?q=Fpage#
-          
-          
-         ruangan enjin pencari. Setalah menjumpainya, kita “Add”
-         Kita akan mempunyai “inbox”  
Melalui fanpage kita tiada had menalan. Kita boleh hubungi semua kenalan yang menjadi “follower” kita melalui inbox (fingsinya sama seperti email broadcast). Kita juga boleh menjejak pengguna dan intraksi yang berlaku di Facebook kita dengan menggunakan fungsi “Insight”.
Fungsi insight sangat sangat bagus untuk kita mengetahui trafik ke Facebook kita.. Kita juga boleh Klik kepada maklumat statistik pelawat yang datang untuk mengetahui secara terperinci latar belakang setiap dari mereka.


Hari ke 17 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Jumaat 25/1/2013 07:00
Salam semua, selepas kita bercuti sehari semalam sempena hari keputraan Junjungan Besar Rasulullah SAW, kita sambung semula tulisan terakhir hari ke 16 Rabu siaran jam 17:00

Add Fan/ Follower/links.
Kita boleh gunakan fungsi ini untuk menambah bilangan ahli ke facebook. Sebelum kita boleh menyenaraikan mereka sebagai ahli kita, terlebih dahulu kita perlu menyediakan muka khas di panggil “Landing Page”. Di “Landing Page kita boleh menyenaraikan manafaat yang orang ramai akan dapat jika menyertai facebook kita.
Untuk membuat “Langing Page”:
·         Kita buka akaun Facebook kita di www.facebook.com
·         Di ruangan enjin pencari taipkan FBML
·         Ikut langkah demi langkah proses untuk membina “Landing Page”.
Untuk menggalakkan orang ramai menjadi ahli kita, buatlah seperti pertandingan mudah dan galakkan orang ramai menggunakan “like”. Pastikan anda ujudkan momentum di page anda dan galakkan intraksi sesame ahli-ahli di akaun Facebook anda.

Connect.
Berintraksilah dengan rakan-rakan dan follower anda. Kemukakan isu dan galakkan respond. Respond dengan soalan yang follower anda poskan di Facebook anda. Selalulah lontarkan soalan-dan isu dalam bentuk “open ended”, supaya dapat menarik respond dari orang ramai.
Kongsikan juga maklumat-maklumat dan fakta-fakta menarik yang bersesuaian dengan objektif facebook anda diujudkan. Untuk mengemaskini Facebook, gunakan fungsi “auto display”. Apa yang kita post di blog kita akan juga dipaparkan di Facebook secara automatik.
Gunakan kemudahan “Notes”. Pergi ke ruangan “Notes”. Tulis catatan anda dan import URLs ke laman web dan juga ke blog anda.

Experience.
Sedar atau tidak Facebook boleh digunakan sebagai asas untuk membina jenama anda sendiri. Apa kemahiran dan skil anda. Apa yang anda suka lakukan dan apa yang anda mahu lakukan.
Jawapan anda untuk segala soalan di atas boleh digunakan sebagai asas untuk membina jenama. Fikirkan logo, warna, aksi atau apa sahaja boleh digunakan untuk membina jenama. Kenal pasti sesuatu untuk diwar-warkan kepada orang ramai secara berulang kali. Lama-kelamaan ia akan menjadi jenama anda.
Contohnya saya menggunakan perkataan “coach usahawan siber” dan gambar saya sebagai subjek untuk membina jenama saya.

Baik jika kita gunakan gambar dan rakaman video yang sesuai sebagai bahan untuk membina jenama. Prinsipnya mudah sahaja. Semakin ramai orang “like” dan menjadi follower kita, maka semakin berjenamalah kita.


Hari ke 17 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Jumaat 25/1/2013 12:00
Salam semua, kita sambung lagi perbincangan kita mengenai pemasaran melalui Facebook…,  kita ikuti apa makna (B)..,
Beli Iklan.
Pengiklanan di Facebook sebenarnya lebih berkesan. Di Facebook kita boleh sasarkan iklan di Facebook secara lebih khusus berbanding dengan pengiklanan “Adword”. Perbezaan yang nyata antara Facebook dan Google yang nyata adalah;
-          Facebook menggunakan Psikografik untuk mensasarkan iklan dan iklan- iklan juga disasarkan mengikut umur, lokasi, pekerjaan dan sebagainya.
-          Kaedah Google pula menggunakan factor Demograpik untuk mensasarkan iklan kepada para sasarannya.
-          Iklan di Facebook juga kadarnya lebih murah berbanding ‘Adword: kerana di Facebook pengiklanan adalah sesuatu perkhidmatan yang baru berbanding dengan Google. Oleh itu oleh kerana kurang persaingan, kadar iklannya juga agak murah dan menjimatkan.
-          Cara mengiklan di Facebook juga sangat mudah.
-          Caranya;
o   Buka akaun di Facebook.
o   Klik ruangan “Advertisment”
o   Ikut panduan langkah-demi langkah untuk memuat naik iklan, membuat pembayaran dan menetapkan fokus sasaran.
Offer Promosi.
Umumnya di Facebook, pengguna atau pengujung tidak mempunyai minda membeli. Kehadiran mereka lebih bertujuan untuk lepak-lepak, bersosial dan berkongsi cerita, sesuai dengan peranan Facebook itu sendiri sebagai rangkaian social maya.
Ini tidak pula bermakna kita tidak boleh mempengaruhi mereka untuk membuat pembelian. Gunakan factor emosi untuk mempengaruhi mereka. Sediakan bahan promosi yang hebat yang mampu menyentuh perasaan dan menggamit pengguna agar member perhatian terhadap iklan kita.
Gunakan skil dan kemahiran kita. Sambil menyelam minum air. Sambil menggunakan kod promosi sebagai tawaran, kita boleh menambahkan keahlian di Facebook kita.
Hari ke 17 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Jumaat 25/1/2013 17:00
Salam dan kita bertemu lagi. ini merupakan siri tulisan terakhir untuk panduan pemasaran menggunakan Facebook.
Online Mobile.
 Dengan adanya gadget-gadget seperti Iphone, Blackberry,Ipad dan lainnya, kita boleh sentiasa online. Kita boleh selalu mengemaskini status dan membuat posting ke pelbagai platform maya dengan beberapa klik yang mudah. “Fanpage” di Facebook kita dalah milik kita, maka kita perlu sentiasa mengemaskini dengan informasi-informasi terkini agar sentiasa dinanti-nanti oleh “follower” kita.
Kita juga perlu pandai mengurus masa. Sediakan jadual untuk mengemaskini platform maya kita. Sebagai panduan dalam sehari kita perlu membuat sekurang-kurangnya tiga pengemaskinian  samaada di Facebook, tweeter atau Blog. (Ingat lagi setiap update di satu medium akan dipaparkan juga di medium yang lain).
Kita juga perlu respond kepada posting-posting yang telah dibuat oleh pengikut kita. Setiap pengemaskinian yang kita buat akan diterima oleh setiap ahli yang menjadi pengikut kita.
Keep Updating.
Pastikan kita kemaskini Facebook dan media sosial yang lain secara berterusan agar kandungannya sentiasa hangat dan memikat. Posting kita perlulah sentiasa terpapar di laman-laman pengikut kita. Biar kita sentiasa di minda mereka. Kegagalan kita untuk mengemaskini laman Sosial, lama-lama akan menghilangkan perhatian “follower” kita. Mereka tidak lagi ingat akan kita.
Posting juga perlulah dibuat di sela waktu yang berbeza supaya kita dapat menyasarkan kumpulan ahli yang berbeza-beza. Secara tidak langsung ini akan membantu kita menambah follower kita.
Seperkara lagi andainya kita rasa tiada bahan untuk ditulis, jangan panic. Kita masih boleh ulang siar bahan-bahan yang telah pernah kita siarkan. Kita Cuma perlu ubahsuai maklumat yang ada supaya sesuai dengan keadaan. Selain itu kita juga boleh gunakan bahan dari sumber-sumber lain di Facebook kita. Umpamanya bahan-bahan yang telah disiarkan di blog atau media social orang lain.
Sekian dahulu dan Insyaallah kita akan bertemu kembali hari Selasa untuk siaran hari ke 18. Saabtu dan Ahad tiada siaran….harap maklum. Sekian

No comments:

Post a Comment