PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Tuesday 12 February 2013

Hari ke 27 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber Selasa 12/2/2013 12:00


Hari ke 27 Siri Coach Usahawan Siber dari 0 hingga Menjadi usahawan siber
Selasa 12/2/2013 12:00

Salam semua selamat mengikuti sambungan tulisan jam 07:00 pagi. Saya suka mengandaikan yang berjaya menjual adalah kerana nasib semata-mata begitu juga yang gagal menjual. Umpama memancing dengan hanya bergantung kepada nasib tanpa panduan dan strategi anda hanya bergantung kepada rezeki dan nasib semata-mata. Jika untung barangan anda terjual.

Untuk menjadi penjual yang hebat kita perlu dapatkan sedikit ilmu mengenai teknik pemasaran diruang siber supaya usaha kita berbaloi. Berikut ini saya ingin kongsikan 3 teknik yang anda boleh gunakan sebagai panduan:

1.      Teknik  Hard Selling
2.      Teknik Soft Selling
3.      Teknik Force selling

Teknik Hard Selling
Anda pernah dengar istilah di atas. Apa itu Hard selling?. Secara umumnya hard selling lebih memberikan  tumpuan kepada aktiviti promosi atau menjual produk. Biasanya barangan yang dijual menyertakan harga barangan secara terperinci. Selain itu ia menyatakan dengan jelas produk yang ingin dijual, ciri-ciri  produk tersebut. Kelebihan dan keistimewaan produk tersebut, malah harga produk yang ditawarkan dinyatakan dengan terperinci dengan pakej-pakej tertentu.

Kelihatan seolah iklan-iklan berbentuk hardselling seolah bersahaja dan terlalu “lurus bendul”, seolah tiada apa-apa gimik dan tak takut pesaing akan berperang harga dengan produk kita. Tapi saudara jangan tersilap. strategi  dalam teknik hard selling selalu mengamalkan “Reverse Saikologi”. Pembeli mudah terpengaruh dengan gimik-gimik iklan yang dipaparkan hingga lupa bahawa pakej-pakej yang dipaparkan sebenarnya menyebabkan kita terpaksa berbelanja lebih.


Cuma tiada tempoh masa tertentu.

 

Syarikat-syarikat besar yang memasarkan produk dengan jenama-jenama terkenal biasanya menggunakan teknik sebegini. Dari jenama untuk produk penerbangan hinggalah jenama untuk makanan segera, semuanya menggunakan teknik Hard Selling.
Baiklah sekian untuk setakat ini dan kita jumpa lagi jam 17:00 untuk tulisan yang akan membincangkan mengenai Teknik Soft Selling dan  Teknik Force Selling.


Disini saya ingin kongsikan sedikit MAKLUMAN PENTING: 

Saya sedang menyiapkan ebuku bertajuk: PERNIAGAAN SIBER KINI SEMUA ORANG MAMPU BUAT DUIT LEBIH DENGAN 9 DIMENSI PERNIAGAAN SIBER- Panduan Ringkas + Membantu Kita Membuat Keputusan Yang Akan mengubah Nasib Kita. Saya bercadangkan untuk memberikan Ebuku tersebut secara percuma kepada rakan-rakan yang berdaftar di www.facebook.com/perniagaansiberbiz dan www.perniagaansiber.blogspot.com

Untuk tidak ketinggalan tulisan di blog ini sila follow blog ini dan kemudian daftar diruang Join this site. 




No comments:

Post a Comment